Rusia 2018: Pierluigi Collina Puas Hati Dengan Perlaksanaan VAR Di Piala Dunia

Bagaimana anda melihat perlaksaan Video Assistant Referee (VAR) di Piala Dunia 2018 setakat ini?

Tolak tepi isu VAR merosakkan keseronokkan bola sepak dahulu, adakah sistem ini telah meningkatkan mutu pengadilan setakat ini di Rusia?

Dari pandangan pengadil legenda Pierluigi Collina, beliau nyata berpuas hati dengan perlaksanaan sistem VAR setakat ini.

FLORENCE, ITALY – APRIL 18: Pierluigi Collina president of the FIFA Referees Commission during the FIFA Referee Seminar – Media Day at Coverciano on April 18, 2018 in Florence, Italy. (Photo by Gabriele Maltinti/Getty Images)

Menurut statistik, sistem VAR telah menyemak semula 335 insiden dengan 14 semakan semula di padang dilakukan dalam 48 perlawanan.

Ini menjadikan purata 7 insiden disemak oleh sistem VAR dalam satu-satu perlawanan.

14 keputusan tersebut melibatkan:

  • 6 panggilan untuk sepakan penalti
  • 1 panggil penalti diberikan selepas terdapat kekasaran dalam kotak penalti
  • 2 panggil asal untuk sepakan penalti ditarik balik selepas semakan sistem VAR
  • 2 keputusan kad merah ditukarkan menjadi kad kuning
  • 2 gol dikira selepas terdapat potensi ofsaid
  • 1 kesilapan identiti sewaktu memberikan kad kuning

Menurut Collina, dengan kehadiran sistem VAR telah meningkatkan peratusan keputusan tepat yang dilakukan pengadil di Piala Dunia.

“Pengadil telah melakukan 95% keputusan tepat, namun dengan kehadiran sistem VAR peratusan itu meningkat kepada 99.3%”

YEKATERINBURG, RUSSIA – JUNE 27: The big screen displays the VAR verdict for a possible penalty during the 2018 FIFA World Cup Russia group F match between Mexico and Sweden at Ekaterinburg Arena on June 27, 2018 in Yekaterinburg, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Tambah Collina lagi, kewujudan sistem VAR tidaklah menjadikan sistem pengadilan itu sempurna akan tetapi ia membantu sistem pengadilan menuju ke arah itu.

“Kami selalu katakan yang sistem VAR tidak akan menjanjikan kesempurnaan kerana masih lagi ada kesilapan yang dilakukan.”

“Tetapi saya pasti yang anda akan setuju peratusan 99.3% itu begitu hampir dengan nilai sempurna.”

FIFA menimbang untuk membenarkan pihak penyiar untuk memperdengarkan perbualan antara pengadil di padang dengan pengadil di bilik VAR kepada penonton di masa hadapan.

“Sebelum berlari kita kena belajar berjalan. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan tapi perkara itu agak terlalu awal untuk dibicarakan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN