Kelayakan Piala Dunia 2018: New Zealand Bawa Cabaran Oceania

Benua Oceania telah menamatkan saingan kelayakan ke Piala Dunia 2018. Seperti ramalan ramai pihak, New Zealand sekali lagi menjadi wakil benua itu.

New Zealand menewaskan Kepulauan Solomon dengan agregat 8-3.

Chris Wood hero All Whites

Chris Wood meraikan golnya. Sumber: Facebook All Whites.

Penjaring terbanyak musim lalu dalam EFL Championship, Chris Wood meledak hatrik di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah. Gol dijaringkan pada minit ke-18 dan minit ke-36. Beliau menambah lagi satu gol pada masa kecederaan pada minit ke-90+3.

Kosta Barbarouses, Ryan Thomas dan Micheal McGlinchey masing-masing menyumbang satu gol. Pemain Kepulauan Solomon, Henry Fa’arodo menjaringkan gol pada minit ke-53.

Perlawanan pertama berkesudahan 6-1.

Terikat

Penonton perlawanan kedua di Honiara, Kepulauan Solomon. Sumber: Solomon Islands Broadcasting Corporation.

Henry Fa’arodo memastikan New Zealand diikat dalam perlawanan kedua. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-78. Sebelum itu Kepulauan Solomon mendahului perlawanan timbal balik selepas Micah Leaalafa menjaringkan penalti pada minit ke-28.

New Zealand meraih gol daripada Myer Bevan pada minit ke-14. Pemain tuan rumah, Haddis Gagame terjaringkan gol sendiri pada 7 minit kemudian.

Pemain Kepulauan Solomon boleh berbangga kerana berjaya mengikat gergasi Oceania itu dengan skor 2-2. Namun, New Zealand mara melalui agregat 8-3.

Bakal lawan

New Zealand bakal bertemu wakil CONCACAF untuk play-off. Westpac Stadium di Wellington telah terpilih menjadi hos perlawanan pertama yang dijadualkan pada 6 November.

Perlawanan kedua pula diadakan 14 November di negara tuan rumah wakil zon CONCACAF tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN