Uefa mengesahkan piala Europa League (UEL) telah dicuri di Mexico. Kejadian itu berlaku di Guanajuato pada Sabtu lalu.
Satu acara pameran umum dianjurkan oleh Uefa dalam usaha menaikkan lagi publisiti kejohanan antara kelab Eropah yang kedua terbesar itu. Ianya acara biasa dianjurkan oleh UEFA termasuk acara pameran umum UCL yang dibawa menjelajah ke beberapa negara di dunia.
Trofi UEL itu dilaporkan hilang selepas dicuri dari kereta yang membawa piala tersebut selepas majlis pameran umum trofi tersebut.
Sebuah twitter rasmi milik pendakwaraya kerajaan di Guanajato memberitahu:
“Kami berjaya mendapatkan semula piala ini selepas menerima informasi bahawa trofi ini hilang di dalam kereta.”
#PGJEInforma Que a través de elementos de la @AIC_Guanajuato es recuperada la copa @EuropaLeague tras recibir la denuncia que había sido robada del vehículo que la trasladaba posterior a un evento en @municipio_leon. pic.twitter.com/TF8sKjVRAe
— Fiscalía General del Estado de Guanajuato (@FGEGUANAJUATO) April 20, 2018
Buat masa ini, tiada informasi tambahan diberikan tentang siapakah yang bertanggungjawab di atas kecurian itu. Namun pihak yang berkaitan akan menyediakan laporan lengkap tentang insiden ini.
UEL kini sudah memasuki fasa separuh akhir melibatkan 4 pasukan iaitu, Marseille, Red Bull Salzburg, Arsenal dan Atletico Madrid.
Kecurian piala seperti ini bukanlah baru dalam dunia bola sepak. Pada 1966, Piala Dunia Jules Rimet telah hilang kerana dicuri ketika di London.
Trofi itu dicuri ketika pameran di Westminster. Piala itu berjaya dijumpai seekor anjing bernama Pickles di Selatan London. Mujurlhah piala ini dijumpai kembali pada kadar segera. Ini kerana Piala UEL ini perlu berada di Lyon pada acara final 16 Mei 2018.