Tuah sekali lagi memihak kepada Bayern Munich apabila menang tipis 2-1 ke atas Sevilla selepas masa tambahan dalam pertembungan antara dua juara pertandingan Eropah untuk menentukan pemilik Piala Super UEFA dan sekaligus melengkapkan kejuaraan Quadruple skuad kendalian Hansi Flick tersebut.
Buat kali pertama sejak krisis pandemik COVID-19 melanda, perlawanan untuk kejohanan Eropah yang berlangsung di Puskas Arena, Budapest itu membenarkan 15,000 orang penyokong hadir ke stadium iaitu dalam jumlah yang terhad dan terkawal.
Pemain gantian, Javi Martinez menanduk masuk gol kemenangan The Bavarians pada minit ke-104 selepas pemenang Liga Europa (UEL) Sevilla terlebih dahulu mendahului pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti Lucas Ocompas dan disamakan oleh Leon Goretzka 10 minit sebelum rehat separuh masa.
🔴 Bayern = Champions of Europe 🏆#SuperCup pic.twitter.com/Rg6qzWlbgA
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) September 24, 2020
Dengan kemenangan tersebut, Bayern terus melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 32 perlawanan sejak Flick mengambil alih pasukan pada Novembar lalu dan membimbing pasukan tersebut menjuarai Bundesliga, DFB-Pokal dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Kali terakhir mereka tewas adalah pada Disember 2019.
Pemjaga gol veteren, Manuel Neuer terus mencuri tumpuan dalam perlawanan ini dengan menyelamatkan peluang satu lawan satu Youssef En-Nesyri bagi membolehkan perlawanan diheret ke masa tambahan dan kemudian sekali lagi menafikan peluang Sevilla untuk menjaringkan gol selepas dua minit masa tambahan bermula.
Bayern yang beraksi lebih baik dalam perlawanan ini mensia-siakan deretan peluang pada babak pertama untuk membenam cabaran Sevilla lebih awal menerusi Robert Lewandowski, Benjamin Pavard dan Thomas Muller.
Namun akhirnya, Martinez yang dilaporkan akan kembali ke Athletic Bilbao dalam masa terdekat hanya memerlukan lima minit sahaja selepas dimasukkan untuk memberikan bakti terakhirnya buat Bayern dengan jaringan gol kemenangan di mana beliau pernah melakukan perkara yang sama dalam kemenangan Piala Super UEFA pada 2013.
HT in ET 🎉#SuperCup 2-1 pic.twitter.com/HOzAzxTKIh
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) September 24, 2020
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah: