Piala Sumbangsih: Kedah Hargai Pemberian 300 Tiket Tambahan Oleh JDT

Penantian Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk mendapatkan jawapan mengenai tiket tambahan perlawanan Piala Sumbangsih 2020 yang dimohon sebelum ini akhirnya mendapat respon yang positif selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) bermurah hati untuk memberikan tambahan 300 tiket kepada penyokong pasukan pelawat.

Setiausaha KFA, Shahrul Shamsudin dalam temubualnya bersama Bernama mengesahkan perkara tersebut dan beliau berpuas hati dengan jumlah 800 tiket yang diperolehi buat penyokong setia Lang Merah untuk menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang baru sahaja dirasmikan tempoh hari.

Sekalipun pihaknya sebelum ini memohon tambahan 500 tiket, untuk menampung permintaan tinggi daripada penyokong Kedah, namun jumlah yang diterima itu dianggap sudah memadai.

“Secara rasminya kita akan mengetahui esok. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada (pemilik JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana dapat berikan tambahan tiket kepada penyokong Kedah,” kata Shahrul.

Sebelum ini pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membayangkan Kedah hanya akan menerima 500 tiket sahaja berdasarkan manual pembahagian tiket mengikut tiga kategori kapasiti stadium.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam responnya turut mengesahkan perkembangan tersebut dan menghargai kesudian JDT untuk ‘melanggar’ syarat’ manual untuk memberikan tiket tambahan kepada penyokong Kedah.

“Saya tak nampak yang tak adil. Kita lebih utamakan pada penonton tempatan, supaya tak timbul masalah setiap kali perlawanan, pasukan bagi tiket tambahan kepada pasukan pelawat tapi penonton sendiri tak dapat masuk ke stadium, ini pernah terjadi,” ujar Ghani kepada pihak media.

Sementara itu, skuad Lang Merah yang merupakan juara bertahan Piala FA, diundi menentang Pahang pada pusingan kedua, manakala JDT bakal bertemu Kuala Lumpur Rovers.

Kredit Foto: FA Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN