Piala Sanix: Bojan Hodak Harap Pemain Dapat Menyesuaikan Diri Dengan Taktikalnya

Esok skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, bakal memulakan cabaran pertama dalam Kejohanan Piala Sanix 2019 menentang Aomori Yamada High School dan Sagan Tuso Youth di Global Arena, Fukuoka, Jepun.

Kejohanan itu merupakan medan untuk memberikan pendedahan antarabangsa kepada para pemain dan mempersiapkan pasukan menghadapi Kejohanan AFF B-19, Julai depan.

Pengendali skuad itu, Bojan Hodak berharap pemainnya dapat memahami taktikalnya memandangkan beliau telah menyenaraikan ramai muka baharu yang terdiri daripada pemain Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari termasuk penjaring terbanyak kejohanan AFC B-16, Luqman Hakim.

“Ini merupakan kali pertama Aorimori Yamada akan menyertai sesuatu pertandingan dan seperti kami, mereka perlukan aksi ujian.

“Dan kami akan mengharungi Kejohanan AFF B-19 Julai depan selain kelayakan Kejohanan AFC B-19, September depan.

“Barisan pemain perlu menyesuaikan diri dengan taktikal saya dan kami tiada pilihan lain lagi kerana setiap perlawanan adalah sukar. Seperti yang saya katakan, pemain perlu sesuaikan diri dengan permainan dan segalanya,” katanya dalam Stadium Astro.

Luqman Hakim menjalani latihan dengan skuad Malaysia B-19. FOTO: FAM

Dalam kejohanan edisi tahun lalu skuad negara menamatkan kempen di tempat ke-12. Ketika itu, kelibat Hadi Fayyadh telah menarik minat beberapa kelab J-League untuk mengintai khidmatnya.

Selepas itu, mereka akan berdepan Otsu High School, Jumaat ini, dan sekiranya layak ke peringkat kalah mati, mereka akan beraksi keesokannya sementara aksi final akan berlangsung Ahad ini.

Skuad negara turut akan ke Osaka bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan akademi Cerezo Osaka, Rabu depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN