Piala Raja Sepanyol Sah Menjadi Milik Barcelona

Jaringan daripada Lionel Messi dan Luis Suarez membantu Barcelona mencatat kemenangan 5-0 ke atas Sevilla dalam aksi final Piala Raja Sepanyol awal pagi tadi.

Messi menjaringkan satu gol manakala Suarez dua sebelum rehat di Wanda Metropolitano, dengan Andres Iniesta dan Philippe Coutinho turut menambah derita Sevilla.

Persembahan menakjubkan Barca membolehkan mereka merangkul kejuaraan ke-30 dalam kejohanan ini dan yang keempat berturut-turut selepas mara ke final sepanjang lima tahun lalu.

https://twitter.com/jmbartomeu/status/987817040575578112

Namun kemuncak keraian skuad kendalian Ernesto Valverde hanya akan ditentukan Ahad depan, dengan kemenangan ke atas Deportivo La Coruna akan mengesahkan Barca sebagai juara La Liga, sekali gus merangkul kejuaraan berganda tahun ini.

Bagaimanapun kehebatan dalam saingan domestik musim ini tidak dapat memadamkan kekecewaan Barca yang tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Roma.

“Memenangi kejohanan ini tidak dapat menyembunyikan kekecewaan di Rome,” kata Suarez selepas perlawanan. “Tetapi di awal musim sesiapa saja akan memburu kejuaraan berganda.”

Messi sekali lagi mempamerkan aksi hebatnya di atas padang tetapi dia tidak keseorangan.

Suarez meledak gol ke-31 dan 32 dirinya musim ini manakala Iniesta, yang bermain pada final terakhir bersama Barca sebelum berpindah ke China, membuktikan dia masih berbisa pada usia 33 tahun.

Kemenangan Barca dilengkapkan dengan jaringan penalti Coutinho pada minit ke-69.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN