Menang Piala Presiden, Skuad Terengganu FC III Dapat Ganjaran Lumayan

Ia boleh dikatakan sebagai ganjaran dan juga ransangan buat mereka.

Skuad Piala Presiden Terengganu FC yang dikenali sebagai TFC III mendapat ganjaran yang cukup lumayan selepas memperoleh kejayaan menjulang gelaran Piala Presiden tempoh hari.

Menurut laporan Berita Harian, kerajaan negeri Terengganu telah membuat keputusan untuk memberikan bonus sebanyak RM80 ribu yang akan dikongsi sama rata semasa skuad.

Ia merupakan tambahan kepada habuan yang diterima mereka oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menghadiahkan ganjaran kemenangan sebanyak RM150 ribu.

“Ianya merupakan satu insentif yang diberikan selepas skuad Piala Presiden berjaya menamatkan kemarau 12 tahun tanpa kejuaraan bagi kejohanan tersebut,” kata Hishamuddin Abdul Karim yang merupakan Timbalan Pengerusi Belia, Sukan dan NGO Terengganu.

TFC III memperoleh kejayaan Piala Presiden untuk edisi 2018 selepas berjaya menewaskan Kedah dengan jaringan 2-1.

Gambar: FAM

Dalam masa yang sama, skuad TFC III bakal mewakili Terengganu dalam acara bola sepak untuk Sukan Malaysia 2018 (SUKMA 2018) yang akan diadakan di Perak.

Temasya sukan itu akan diadakan pada minggu kedua September dan akan bermula pada Rabu iaitu 12 September ini.

Ganjaran yang diberikan oleh kerajaan negeri itu dilihat sebagai satu penghargaan dan juga dorongan kepada skuad TFC III.

Hal ini demikian kerana, ianya merupakan penghargaan di atas kejayaan memperoleh kejuaraan Piala Presiden dan juga dorongan untuk melakukan dengan lebih baik ketika SUKMA 2018.

Semoga berjaya buat skuad TFC III di SUKMA 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN