Piala Negara-Negara Teluk 2017 Bakal Terjejas Kerana Kuwait Digantung?

Piala Negara-Negara Teluk merupakan salah satu kejohanan serantau bagi negara-negara yang di rantau tersebut. Kejohanan ini memasuki edisi ke-23 dengan menyaksikan Qatar menjadi tuan rumah. Qatar sebelum ini pernah menjadi tuan rumah pada edisi 1976, 1992 dan 2004.

Mereka menjuarai kejohanan itu pada 1992 dan 2004 di tanah air sendiri. Selain itu, mereka juga menjadi juara pada edisi 2014 di mana Arab Saudi menjadi tuan rumah.

Kejohanan ini berisiko bakal ditangguhkan walaupun perancangan asalnya akan bermula pada 22 Disember 2017. Jika tidak ada sebarang masalah, perlawanan akhir akan berlangsung pada 8 Januari 2018.

Kerana Kuwait?

Pasukan bola sepak Kuwait.

Reuters menyebut bahawa FIFA telah menggantung keahlian Kuwait sebagai faktor tersebut mendorong kepada terjejasnya kejohanan ini. Kuwait telah digantung keahlian oleh badan induk bola sepak dunia itu disebabkan wujudnya campur tangan kerajaan.

Menurut salah seorang pegawai FA negara Teluk mengatakan sekiranya FIFA tidak menamatkan penggantungan Kuwait, kejohanan itu perlu ditangguhkan. Dalam kata lain, penganjur mesti mencari tarikh yang baharu sebagai ganti. Risiko kejohanan itu diadakan pada pertengahan tahun 2018 tetap akan ada.

Laporan media lain juga mengatakan asalnya Kuwait telah dipilih menjadi tuan rumah kejohanan ini pada 2016. Dek kerana penggantungan FIFA, kejohanan itu tidak dapat diadakan pada tahun tersebut. Sebagai ganti, Qatar telah diberi mandat mengendalikan Piala Negara-Negara Teluk ini.

Atau alasan dibuat-buat?

Jun lalu, masyarakat dunia digemparkan dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Negara jiran Qatar, Bahrain juga melakukan sedemikan.

Tuduhan mereka kepada Qatar amat serius, menyokong keganasan. Namun, Qatar bermati-matian mempertahankan diri daripada tuduhan itu. Malah, ketiga-tiga negara itu menyekat rakyat mereka daripada mengunjungi Qatar.

Piala Dunia 2022 bakal terjejas?

Lebih kurang 5 tahun lagi Piala Dunia akan berlangsung di Qatar. Konferedasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal bersedia untuk menganjurkan pusingan kelayakan edisi 2022. Difahamkan juga bahawa AFC akan meneruskan format kelayakan bersama antara Piala Dunia dengan Piala Asia pada 2023.

Namun persoalan akan timbul, bagaimanakah kelayakan itu akan dilaksanakan. Sedangkan isu diplomatik Qatar dengan jirannya amat panas.

Walaubagaimanapun, diharapkan Qatar dapat menyelesaikan isu ini dengan sebaik mungkin. Bukan sahaja melibatkan isu sukan, tetapi ia lebih daripada itu. Isu kestabilan dan keamanan rantau Teluk itu lebih utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN