Tarikh Kejohanan Piala Negara Afrika Ditukar, Bakal Dilangsungkan Pada Bulan Jun

Seperti yang kita semua tahu, kejohanan Africa Cup of Nations atau AFCON sering diadakan setiap dua tahun.

Ia diadakan pada bulan Januari dan ia nyata memberikan kesan yang besar buat pemain-pemain Afrika yang berkelana di liga-liga Eropah.

Namun begitu, perkara tersebut akan diubah tidak dalam lagi!

Kejohanan AFCON dikatakan akan ditukar dari penganjurannya pada Januari dan Februari kepada bulan Jun dan Julai.

Ini bermakna ia akan diadakan pada waktu kejohanan utama melibatkan pasukan kebangsaan seperti EURO dan Piala Dunia diadakan iaitu pada pertengahan tahun.

Selain dari perubahan tersebut, AFCON juga menyaksikan pertambahan pasukan yang bertanding,

Sebelum ini, ia hanya mempertandingkan 16 pasukan sahaja. Tetapi selepas ini, 24 pasukan akan bertanding untuk kejohanan ini.

Perubahan ini nyata memberikan kesenangan buat kelab-kelab Eropah yang sering kehilangan pemain Afrika mereka dek kerana kejohanan ini.

Ia juga bakal memudahkan kerja ejen pemain, hal ini kerana mereka mempunyai masalah untuk membawa pemain Afrika ke Eropah kerana masalah kejohanan AFCON yang berlangsung pada Januari.

“Selepas ini semakin mudah kerja saya. Sebelum ini, kelab-kelab Eropah menggunakan alasan kejohanan AFCON untuk tidak mendapatkan pemain Eropah,” kata ejen pemain Afrika iaitu Papa Agyemang.

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Africa Cup of Nations: Date switch makes African players more attractive, say agents; http://www.bbc.com/sport/football/40673626

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN