Piala Menteri Wilayah Persekutuan memasuki edisi kedua pada tahun ini. Pada musim lalu, pertandingan sama yang dikenali sebagai Piala Prihatin Wilayah Persekutuan menyaksikan Kuala Lumpur City FC muncul juara selepas menewaskan Selangor FC melalui penentuan sepakan penalti.
Pertandingan yang diadakan sebagai sebahagian persiapan Kuala Lumpur City FC pada musim ini akan diadakan pada 17 Februari akan datang.
Berbeza dengan edisi sebelumnya, pertandingan pada musim ini akan melibatkan dua perlawanan. Perlawanan pertama yang dikategorikan sebagai ‘Clash of Legends’ akan menyaksikan pertemuan di antara KL Legends dan Selangor Legends.
Jika pada musim lalu menyaksikan KL City FC berentap dengan Selangor FC sebagai pasukan jemputan, saingan pada musim ini Sri Pahang FC pula diundang sebagai lawan.
‘Banter’ admin media sosial
Walaupun perlawanan merebut trofi Piala Menteri Wilayah Persekutuan masih ada beberapa hari lagi, ‘banter’ di media sosial antara Sri Pahang FC dan KL City FC sudah pun bermula.
Dan sedikit sebanyak, perang mulut atau aksi ‘bertonyeh’ di media sosial itu telah menarik perhatian netizen, sekali gus memanaskan lagi suasana pertandingan.
Tahun lepas Piala Menteri Wilayah Persekutuan lawan Selangor FC. Tahun ini siapa agaknya? 🤔
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) February 14, 2022
Semuanya bermula dengan ciapan KL City seperti di atas, pada ketika lawan untuk merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan belum lagi diketahui. Ciapan tersebut kemudiannya dengan tidak semena-mena dijawab oleh Sri Pahang FC yang mencabar juara Piala Malaysia 2021 itu.
Kalau aok rasa berani, moh lah lawan Sri Pahang FC? Ke tak berani?🤨 https://t.co/prE43NDTxm
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) February 14, 2022
Nak tips bagitau pic.twitter.com/2g802l264S
— PDRM Football Club 🇲🇾 (@officialpdrmfc) February 14, 2022
Siri ciapan tersebut berterusan apabila KL City mengingatkan pertemuan kedua-dua pasukan pada musim lalu yang berkesudahan dengan kemenangan 2-1 kepada skuad Bojan Hodak.
Lebih menarik, ciapan tersebut sempat disampuk oleh admin PDRM FC yang mahu memberikan tips berjaya mengikat Sri Pahang dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.
Hmm.. @KLCityFootball @OfficialPahang & @officialpdrmfc jangan buek-buek lupo pulak. https://t.co/l4JepYUqBg pic.twitter.com/Cb4M3oOfQa
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) February 14, 2022
Begitu juga Negeri Sembilan FC yang tidak mahu ketinggalan bermegah, memaparkan keputusan perlawanan lalu yang memihak kepada mereka walaupun dari zaman ‘tok kaduk’.
Orang-orang tua selalu pesan ‘Jangan hidup dalam sejarah.’ 💁🏻♂️ https://t.co/FoAzO3VM89
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) February 14, 2022
Dengan sinis admin Sri Pahang FC mengingatkan semua pihak agar jangan hidup dalam sejarah. Ada betulnya juga pesanan itu. Sejarah ini semakin dikenang, semakin tidak berulang.
Kalau borak, sampai bila bila tak habis 🤫 https://t.co/b3HeCVRfI6
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) February 14, 2022
Koi jenis pantang orang kabo Pahang borok saje. Moh kita settle atas padang! On? https://t.co/rzovFuw9Hg
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) February 14, 2022
On! Kita settle atas padang 👊🏼 https://t.co/aRLuIKXC4i
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) February 14, 2022
Dan akhirnya KL City FC dan Sri Pahang FC bersetuju untuk memuktamadkan perang mulut di Twitter dengan kehadiran batu api dengan perlawanan di atas padang.
Kreatif dan unik
Walaupun simple, kaedah KL City FC dan Sri Pahang FC mempromosi perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada musim ini melalui cara ‘bertonyeh’ di media sosial dilihat sebagai satu kaedah yang unik dan kreatif.
Bukan sahaja ia menghiburkan, tetapi ia juga mampu menarik ‘engagement’ di kalangan penyokong. Secara tidak langsung, ia juga mempromosi semangat kebersamaan dan kesukanan di kalangan pasukan dan penyokong.
Bola sepak sentiasa dilihat sebagai sukan yang kompetitif walaupun sekadar perlawanan persahabatan. KL City dan Sri Pahang pula secara tidak langsung telah mempromosi semangat setia kawan dan bagaimana bola sepak seharusnya dimainkan. Seperti kata pujangga Mat Salleh: “Having fun is what football is all about.”