Piala Malaysia: Walaupun Ifwat Beraksi Cemerlang, Kedah Tetap Kalah

Kedah Darul Aman (KDA) terpaksa melupakan aksi Piala Malaysia 2022 dengan lebih awal apabila mereka telah diketepikan oleh Negeri Sembilan menerusi keputusan penuh 0-0 serta agregat 1-2.

Walaupun Ifwat Akmal tampil cemerlang untuk menidakkan setiap peluang yang dicipta oleh pasukan tuan rumah, KDA gagal untuk mendapatkan sebarang gol bagi menghidupkan peluang ke saingan suku akhir.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kedua pasukan seolah buntu untuk menemui sebarang penyudah bagi mendapatkan sebarang gol.

Negeri Sembilan jelas bermula dengan agak garang selepas wisel permulaan permainan dibunyikan oleh pengadil, menerusi beberapa siri serangan dilancarkan ke kubu pertahanan pelawat.

Para pemain KDA pula jelas masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri selepas lima minit perlawanan berlangsung, apabila mereka lebih banyak bertahan untuk menyerap asakan tuan rumah.

Matheus Alves hampir membuka jaringan awal buat Negeri Sembilan, setelah beliau berjaya melepaskan satu percubaan dari luar kotak penalti sebelum bola sedikit tersasar keluar.

Alves sekali lagi terlepas peluang untuk mencatat nama selaku penjaring awal perlawanan, apabila percubaan beliau kali ini dalam petak penalti sekadar menggegar palang gol pada minit ke-8.

Selepas 10 minit perlawanan berlangsung, KDA jelas tertekan untuk mencipta sebarang peluang, selain lebih banyak bertahan dengan asakan bertali arus daripada tuan rumah.

Fayadh hampir mengejutkan pasukan tuan rumah, apabila gerakan Mahmoud Al-Mardi berjaya mengelirukan pertahanan Negeri Sembilan sebelum percubaan pemain bertubuh kecil itu berjaya dihalang Syihan pada minit ke-18.

Bersambung di separuh masa kedua, Negeri Sembilan jelas masih lagi menguasai permainan menerusi beberapa ancaman berbahaya untuk memburu gol pertama permainan.

Sesekali KDA tiba menerusi serangan balas cuba dicipta mereka untuk memburu gol, namun pertahanan tuan rumah jelas lebih bersedia untuk meneutralkan kembali keadaan.

Negeri Sembilan berjaya memperoleh sepakan penalti, setelah pemain tuan rumah dijatuhkan oleh Ariff Farhan dalam kawasan gol pada minit ke-68.

Gustavo Almeida gagal untuk menyempurnakan peluang tersebut, apabila sepakan beliau sekadar menggegar tiang gol di sebelah kiri pelawat dan keputusan semasa masih kekal tanpa jaringan.

Menuju ke minit akhir permainan, kedua pasukan jelas mempamerkan corak permainan lebih berdisiplin terutama sekali di bahagian pertahanan untuk mematikan ancaman masing-masing.

Keputusan penuh menyaksikan Negeri Sembilan berjaya melangkah ke pusingan suku akhir, setelah kedua pasukan terikat tanpa jaringan menerusi agregat 2-1.

Kesebelasan utama:

Negeri Sembilan: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga gol), Che Rashid Che Halim, Herold Mark Goulon, Annas Rahmat, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak (Kapten), Omid David Nazari, Matheus Alves Leandro, Ahmad Khuzaimi Piee, Saiful Ridzuwan Selamat, Mohamad Zamri Pin Ramli, Yaser Armando Pinto Islame

Kedah Darul Aman (KDA): Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Penjaga gol), Mohd Akmal Md Zahir (Kapten), Marcos Vales Gonzalez, Mahmoud Nayef Ahmad Almardi, Wanja Ronald Ngah, Mohd Aiman Afif Md Afizul, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, Dechi Marcel N’Guessan, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Muhamad Kamil Akmal Abd Halim

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN