Terengganu dan PKNS FC memulakan sepak mula Piala Malaysia – kumpulan A. Terengganu memulakan langkah dengan bergaya apabila menang dalam perlawanan pembukaan.
Sebelum sepak mula para pemain Terengganu memberikan kata-kata semangat kepada penjaga gol veteran mereka Suffian Rahman yang sedang sakit.
Kami di SemuanyaBOLA mengambil kesempatan untuk mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Mohamad Suffian Rahman.
Kemenangan Terengganu adalah hasil daripada 2 gol daripada pemain yang sedang dalam prestasi terbaik Sanjar Shaakhmedov. 1 lagi menerusi Nasrullah Hanif.
Sanjar meletakkan Terengganu di hadapan seawal minit ke-6. Ianya satu gerakan pantas daripada pasukan Terengganu.
6' | GOL SANJAR!@FCTerengganu berjaya membuka tirai jaringan di Kuala Terengganu melalui Sanjar Shaakhmedov, yang merupakan penjaring pertama Piala Malaysia 2019!#PialaMalaysia2019#MFLLive#TERPKNS pic.twitter.com/nK9ktoKiHB
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 2, 2019
Namun begitu, pada minit ke-30, gol pendahuluan itu dibalas oleh Jafri Chew yang tenang menewaskan Ilham Amirullah.
30' | GOL JAFRI!@ThePKNSFC berjaya menyamakan kedudukan di Kuala Terengganu selepas percubaan Jafri Firdaus Chew berjaya menewaskan penjaga gol Terengganu FC, Ilham Amirullah.#PialaMalaysia2019#MFLLive#TERPKNS pic.twitter.com/F0qohQ0l5x
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 2, 2019
Terengganu kembali di hadapan sebelum rehat separuh masa menerusi gol oleh Nasrullah Hanif pada minit ke-38.
Pada separuh masa kedua, Sanjar Shaakhmedov memastikan 3 mata disimpan rapi menerusi gol beliau pada masa kecederaan.
90+4' | GOL KEDUA SANJAR!@FCTerengganu mengesahkan 3 mata di Kuala Terengganu malam ini selepas Sanjar Shaakhmedov menjaringkan gol kedua beliau di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.#PialaMalaysia2019#MFLLive#TERPKNS pic.twitter.com/wxNlH3tiuH
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 2, 2019
Tamat perlawanan, Terengganu 3 PKNS 1 . Terengganu menjadi pendahulu kumpulan A pada hari pertama.