Terengganu meneruskan kemaraan mereka ke separuh akhir selepas berjaya menundukkan Kuala Lumpur City (KL City) 4-1 secara agregat dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2022.
Dalam perlawanan kedua ini, KL City cuba memberi tentangan sengit buat tuan rumah, namun skuad bimbingan Nafuzi Zain jelas mempamerkan aksi bertenaga untuk memenangi perlawanan 3-1.
KEPUTUSAN MASA PENUH – PM QF2
Selangor FC dan Terengganu FC meneruskan perjuangan mereka ke peringkat separuh akhir!#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/94MRecAeqG
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang merupakan gelanggang keramat Terengganu, ianya nyata memberi kelebihan buat pemain Terengganu untuk menguasai permainan serta bijak mencipta hantaran tepat kepada rakan sepasukan.
Formasi 4-4-2 daripada kedua pasukan itu memberi gambaran bahawa mereka ingin bermain secara menyerang serta permainan terbuka untuk mencari gol.
Dengan perbezaan agregat 1-0 sahaja, Terengganu sedar mereka masih belum selamat sementara KL City melihat peluang masih terbuka untuk kedua-dua pasukan.
Pada awal permainan, seperti biasa Terengganu yang mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri telah mencipta beberapa gerakan untuk menghasilkan jaringan.
Tuan rumah memberi amaran awal menerusi ketua pasukan mereka Tchetche Kipre pada minit ke-7, tetapi percubaan beliau yang lemah sekadar melepasi gawang gol KL City.
Selang beberapa minit kemudian, Terengganu terus melakukan beberapa percubaan yang hampir membuahkan hasil.
Setelah beberapa kali mencuba, Terengganu berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-21, selepas pemain pertahanan KL City menahan bola kurang kemas yang membolehkan Manuel Ott mengambil kesempatan tersebut untuk meletakkan tuan rumah di hadapan 1-0.
📸 AKSI PERLAWANAN – PM QF2
TERENGGANU FC 3-1 KUALA LUMPUR CITY FC (Agregat 4-1)#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/UkKNL8nKBI
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Skuad bimbingan Bojan Hodak menyusun kembali permainan mereka dan hampir menyamakan kedudukan, namun pemain pertahanan tuan rumah iaitu Alif Zakaria berjaya mengeluarkan bola tersebut meskipun penjaga gol sudah tertewas.
Anak buah Bojan terus mencipta serangan bertali arus tanpa putus asa untuk mencari gol sekali gus merapatkan agregat dengan tuan rumah.
Usaha KL City akhirnya membuahkan hasil, apabila satu gerakan daripada beberapa pemain pelawat sebelum satu hantaran dicetuskan oleh Paulo Josue disambut baik oleh pemain muda, Haqimi Rosli untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-46.
Bersambung babak kedua, aksi berbalas serangan terus dipamerkan dengan beberapa gerakan cantik terhasil daripada kedua pasukan.
Ott hampir menjaringkan gol kedua peribadi dalam perlawanan ini namun percubaan deras beliau sedikit tersasar di penjuru pintu gol.
Anak buah Nafuzi Zain cuba memecahkan sistem pertahanan KL City namun mereka buntu, kerana pasukan pelawat dilihat begitu sistematik dalam fasa bertahan membuatkan pemain Terengganu buntu untuk masuk ke dalam.
Melalui satu gerakan pantas, Terengganu mengukuhkan kedudukan pada minit ke-62 apabila hantaran cantik dari Ott menerusi dicelah-celah pemain pertahanan membolehkan Kipre meledak jaringan untuk tuan rumah mendahului 3-1 secara agregat.
Ketinggalan dua gol secara agregat, Bojan melakukan beberapa pertukaran sebagai usaha terakhir untuk skuad Warga Kota mencari gol tambahan.
Dalam usaha KL City mencari gol tambahan, Kpah Sherman menamatkan perjuangan pasukan pelawat, apabila beliau menjaringan gol pada minit-89 untuk selesa mendahului 4-1 secara agregat.
Pujian harus diberikan kepada Faisal Halim kerana pemain ini yang membuka ruang dan peluang untuk gol ketiga dalam perlawanan ini.
89’ GOL | Kpah Sherman menjaringkan gol ketujuh peribadinya dalam saingan #TMPialaMalaysia2022!@FCTerengganu 3-1 @KLCityFootball pic.twitter.com/1XjJKVeBnF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat permainan untuk memastikan mereka meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.
Di separuh akhir nanti, mereka akan bertemu Selangor dan pertemuan dua pasukan ini seperti ulangan separuh akhir Piala FA sebelum ini yang menyaksikan Terengganu menang menerusi penentuan sepakan penalti.
Kesebelasan utama
Terengganu: Muhammad Rahadiazli Rahalim (Penjaga gol), Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Azam Azmi Murad, Mohamad Faisal Abdul Halim, Manuel Gelito Ott, Kpah Sean Sherman, Habib Haroon Haroon Saeed, Mohd Faiz Mohd Nasir, Tchetche Hermann Brice Kipre (Kapten), Muhammad Alif Zakaria, Pape Abdoulaye Diakite
Kuala Lumpur City (KL City): Kevin Ray Mendoza Hansen (Penjaga gol), Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri, Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, Lambert Declan Stephen Lee Kit Meng, Muhammad Akram Mahinan, Muhammad Irfan Zakaria, Kenny Pallraj Davaragi, Muhammad Hadin Azman, Paulo Josue Sturmer Dos Reis (Kapten), Muhammad Haqimi Azim Rosli