Piala Malaysia: Suhaimi Husin Sedia Nafikan Barisan Serangan Berbisa JDT

Penjaga gol utama Terengganu, Suhaimi Husin kini menjadi antara pemain paling bersemangat untuk mengharungi aksi terakhir Piala Malaysia 2023, dengan pertemuan seterusnya berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tampil dengan prestasi cukup cemerlang musim ini, pastinya kelibat Suhaimi akan digunakan sepenuhnya oleh Tomislav Steinbruckner untuk berdepan cabaran sengit daripada pasukan lawan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Kecemerlangan Suhaimi juga menyaksikan beliau turut mendapat perhatian Kim Pan-gon buat pertama kali bawah kendalian pengendali tersebut untuk dibawa menyertai kem kebangsaan.

Pastinya bagi perlawanan akhir ini Suhaimi mempunyai sasaran tersendiri untuk bertindak dengan cemerlang sepanjang tempoh 90 minit bagi menjadikan dirinya selaku antara penjaga gol berprestij negara.

Melihat kepada aksi akan datang, Suhaimi mahu menggunakan segala pengalaman dimiliki beliau ketika bersama kem kebangsaan untuk menghadapi barisan serangan berbisa JDT.

Kata Suhaimi, berkat pengalaman beliau bersama kem kebangsaan serta bersama Terengganu dalam saingan AFC akan digunakan sepenuhnya untuk membantu Sang Penyu.

Walaupun begitu, penjaga gol tinggi lampai ini juga mengakui ianya bukan sesuatu mudah kerana menyedari ancaman besar bakal diberikan oleh barisan serangan berbisa pasukan lawan.

“Selepas mengharungi lebih 20 perlawanan pada musim ini, keyakinan saya kian bertambah lebih-lebih lagi saya juga sempat berguru dengan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan bawah kendalian Pan-gon ketika Kejohanan Pestabola Merdeka Oktober lalu.

“Tambah memberi lebih keyakinan, aksi di pentas Piala AFC berdepan kelab terbaik Australia musim lalu, Central Coast Mariners sebanyak dua kali selain kelab Indonesia, Bali United dan kelab Filipina, Stallion Laguna FC mampu meningkatkan lagi prestasi dan motivasi saya.

“Jadi jika tanya saya sama ada sudah bersedia berdepan dengan rangkaian pemain JDT yang kita tahu memiliki ramai pemain mampu menjaringkan gol, ya saya sudah bersedia, lagipun ini final pertama saya beraksi jika diturunkan jurulatih,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Musim ini menyaksikan Suhaimi telah pun merekodkan 10 ‘clean sheet’ buat Terengganu daripada 21 perlawanan dihadapi Sang Penyu buat aksi di peringkat domestik.

Ketangkasan dimiliki Suhaimi pada musim ini menyaksikan beliau menjadi sebagai antara pemain paling banyak menerima pujian peminat menerusi media sosial.

Selain Suhaimi, Terengganu juga turut memiliki seorang lagi penjaga gol muda yang berbakat besar iaitu Rahadiazli Rahalim untuk memberi persaingan sengit bagi merebut kesebelasan utama.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN