Piala Malaysia: Sabah Ikat Pahang Di Kuantan

Juara 2014, Pahang membuka kempen Piala Malaysia menentang pasukan Sabah di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pahang menurunkan kesebelasan terbaik mereka untuk perlawanan pertama ini sebagai laungan awal betapa seriusnya mereka mahu mencabar kejuaraan.

https://twitter.com/MediaPhgFA/status/1025723918911340547?s=19

Separuh masa pertama

Awal 15 minit pertama perlawanan seimbang dengan kedua dua pasukan mencari rentak di bahagian serangan.

Sabah ternyata memberikan malam agak sukar kepada Pahang dalam fasa awal ini. Hanya satu percubaan bahaya dilakukan Paunovic namun diselamatkan oleh Helmi Eliza.

Minit ke-16, kelekaan pertahanan Pahang hampir dihukum apabila Maxius Musa melepaskan diri di byline dan melakukan cut back. Namun gagal disudahkan.

Minit ke-21 Hector Ramos gagal melakukan tindakan lebih baik dalam keadaan 2 vs 1. Helmi Eliza sekali lagi jadi penyelamat Pahang dan Sabah seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana tak mendahului dalam situasi tersebut.

6 minit sebelum rehat Hector Ramos sekali lagi dalam kedudukan 1 lawan 1 namun percubaan beliau tepat ke arah penjaga gol.

Pahang mendapat 2 peluang terbaik sebelum rehat. Amutu gagal menyempurnakan peluang dari jarak dekat dan Safuwan Baharudin menyaksikan tandukan beliau dihadang.

Namun Pahang akhirnya mendahului menerusi Amutu yang tak dikawal dalam keadaan yang tidaklah terlalu bergelut di dalam kotak penalti. Pahang masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 1 gol.

Pahang jelas ada banyak isu untuk digariskan di bilik persalinan terutama sekali ketika berada di garisan pertahanan tinggi.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, Hector Ramos terus menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat. Sekali lagi garisan pertahanan Pahang rapuh.

Kali ini Helmi Eliza tak mampu menyelamatkan gawang Pahang selepas beberapa aksi cemerlang pada separuh masa pertama.

Pahang kemudian menggandakan serangan ke kubu Sabah. Amutu mendapat beberapa peluang namun gagal menyudahkannya.

Sabah melancarkan serangan balas pada babak akhir namun sayang sekali mereka gagal dalam beberapa percubaan.

Sebelum wisel penamat Hector Ramos mencemaskan pasukan tuan rumah dengan percubaan yang terkena tiang.

Tamat perlawanan seri 1-1. Sabah membawa pulang 1 mata berharga dari bumi Pahang. Pahang akan menentang Selangor selepas ini. Manakala Sabah akan berhadapan dengan PKNP.

Nota editor: Semua gambar dikreditkan kepada media Pahang FA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN