Piala Malaysia: Nik Akif Hero Kelantan Bawa Kelebihan 1 Gol Ke Kota Kinabalu

Kelantan melayang kunjungan pasukan Sabah dalam pertemuan suku akhir Piala Malaysia yang pertama melibatkan kedua-dua pasukan.

Kelantan meletakkan sandaran kepada pemain muda  seperti Nik Akif dan Danial Ashraf.

Sementara itu, Jelius Ating menurunkan kesebelasan terbaik yang beliau miliki untuk menentang pasukan Kelantan.

Seawal minit ke-8, Danial Ashraf menguji penjaga gol Sabah namun sayangnya usaha 1 lawan 1 beliau tak masuk.

Kelantan mendahului pada minit ke-29. Ianya berpunca daripada sepakan penjuru.

Baktyiar Duishobekov yang menyambut tandukan rakannya dari jarak dekat. Kredit juga kepada Shahrul Nizam yang menanduk bola di near post untuk mengumpan ke dalam zon bahaya.

Minit ke-39, Randy Baruh dilayangkan kad merah selepas menapak Azwan Aripin. Awalnya Randy dilayangkan kad kuning. Namun selepas pengadil mendapatkan pandangan penjaga garisan, ternyata ia adalah malicious tackle.

Namun begitu, sebelum rehat Sabah menyamakan kedudukan menerusi Hamran Peter yang mengambil kesempatan suasana pergelutan ketika sepakan penjuru.

Ketika kedua-dua pasukan dilihat akan masuk ke bilik persalinan dengan 1-1, Kelantan memenangi sepakan penalti pada minit ke-44.

Hamran Peter mengasari Nik Akif dalam kotak penalti.

Nik Akif sendiri mengambil penalti dan menyudahkannya dengan kualiti tinggi.

Pada separuh masa kedua, Kelantan menyerang bertubi-tubi namun malangnya tiada tambahan gol daripada The Red Warriors.

Perlawanan berakhir 2-1 memihak pasukan Kelantan.

https://www.youtube.com/watch?v=RdxKYKyzw5k

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN