Piala Malaysia: Melaka United Hilang Khidmat Elavarasan

Elavarasan

Melaka United (MU) terpaksa berdepan PDRM malam ini Stadium Hang Jebat, Paya Rumput untuk aksi ketiga peringkat kumpulan Piala Malaysia tanpa khidmat ketua jurulatihnya, E. Elavarasan.

Selepas tidak bersama ketika skuad itu berdepan Darul Ta’zim (JDT) pada pusingan kedua Liga Super kerana Elavarasan kembali semula ke Indonesia menjalani kursus kejurulatihan Pro A selama lebih dua minggu.

Gambar: Melaka United

“Saya kembali ke Indonesia dan terlepas peluang bersama pasukan pada dua perlawanan MU di pentas Piala Malaysia. Dua perlawanan itu membabitkan aksi berdepan PDRM di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini dan 26 Ogos depan.

“Kemungkinan saya juga terlepas untuk bersama MU pada aksi pasukan bertemu PKNS di gelanggang lawan pada 1 September depan. Apapun saya harap pada perlawanan berdepan The Red Ants saya sudah kembali ke Melaka,” katanya kepada Berita Harian.

Tugasannya akan diambil alih penolong jurulatih Melaka United, Ridzuan Abu Shah yang sudah menggalas peranan itu ketika perlawanan Liga Super bertemu JDT.

Elavarasan berkata, beliau sudah menitipkan tips terbaik buat Ridzuan untuk menjalankan tugasan, selain nasihat, panduan dan teguran kepada pemain untuk beraksi pada tahap terbaik sepanjang ketiadaanya.

Lee Chang Hoon

Namun, katanya, segalanya terpulang kepada pemain untuk menampilkan kesungguhan yang tinggi dan yakin pemain akan bertindak cemerlang untuk meraih mata berharga.

“Dua pertemuan berturut-turut berdepan The Cops di gelanggang sendiri adalah peluang terbaik untuk meraih mata bagi memastikan usaha layak ke suku akhir mampu menjadi kenyataan.

“Apa pun, saya mengharapkan pemain tidak terlalu yakin dengan kelebihan yang ada kerana dua perlawanan itu juga adalah venue buat pasukan The Cops pada saingan kumpulan B terbabit,” katanya.

Melaka United kini menghuni kedudukan ke 3 dalam kumpulan B selepas hanya mampu mencatat 2 mata dalam 2 perlawanan. Kemenangan ke atas PDRM malam ini akan mencerahkan peluang mereka menjadi johan dalam kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN