Piala Malaysia: Mehmet Durakovic Akui Penyudah Perak Tumpul

Mehmet Durakovic

Biarpun dikritik hebat oleh penyokongnya, Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengakui barisan pemainnya gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika menentang FELCRA FC pada aksi Piala Malaysia kelmarin.

Bercakap kepada Sinar Harian, Mehmet mahu segala kelemahan berkenaan diperbaiki menjelang aksi kedua Piala Malaysia berdepan Terengganu FC kelak.

“Biarpun mendominasi sebahagian besar perlawanan serta memiliki banyak peluang, pemain gagal untuk menjaringkan gol.

“Felcra FC bertahan dengan baik di sepanjang perlawanan. Namun saya tetap bangga dengan persembahan pemain,” katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan, semalam.

Perak

Namun begitu, beliau tetap berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan pemain pertahanan, K Sathia pada perlawanan berkenaan.

Katanya, biarpun agak jarang diturunkan, Sathia telah berganding baik dengan pemain import Jad Noureddine mengawal benteng pertahanan pasukan.

“Kita tak dapat guna khidmat pemain seperti Shahrul Saad, untuk perlawanan ini.

“Tetapi dia (Sathia), mempamerkan aksi yang baik, terutamanya bagi mengekang asakan penyerang import Felcra FC,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN