Pemain sayap lincah iaitu Manuel Hidalgo dijangka bakal memainkan peranan penting untuk aksi membabitkan Sri Pahang menentang Sabah bagi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2024/2025.
Terdahulu, Tok Gajah bakal berkunjung ke Likas malam ini untuk menghadapi pasukan tuan rumah iaitu Sabah dalam usaha mereka cuba mendapatkan keputusan positif di gelanggang lawan.
Mengimbas kembali perjalanan Sri Pahang di saingan Piala Malaysia musim 2024/2025, mereka tampil sangat menyakinkan jika dibandingkan oleh prestasi semasa pasukan iti di pentas Liga Super.
It's semifinal day 💥
Ayuh Tok Gajah, let's get the job done!#sripahang #wherelegendsareborn #voltrafootball pic.twitter.com/Urtgq2whQP
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 18, 2025
Bermula dengan kejayaan mengetepikan Selangor pada aksi 16 terbaik, skuad kendalian Fandi turut mengetepikan Perak di pentas suku akhir.
Sabah juga menjadi antara pasukan yang cukup ampuh musim ini menerusi kualiti pemain mereka serta prestasi ditampilkan bagi saingan peringkat domestik terutama Piala Malaysia.
Kejayaan mereka mengatasi Putrajaya Athletic diteruskan apabila pasukan itu turut mengetepikan cabaran Kuching City untuk mencipta perhitungan bersama Sri Pahang.
Untuk aksi hari ini, kami menyenaraikan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memainkan peranan penting untuk mengatasi lawan masing-masing.
Manuel Hidalgo
Kelincahan dimiliki oleh Hidalgo antara faktor kekuatan utama Sri Pahang musim ini bagi mengatasi mana-mana pertahanan pasukan lawan bagi saingan peringkat domestik.
Tiada istilah berhenti buat Manuel Hidalgo! 👑
Liputan Piala Malaysia di Astro, dikuasakan oleh @umobile!#UnifiPialaMalaysia #SRPPRK pic.twitter.com/qYeanc5Z71
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 22, 2024
Bukan sahaja lincah, Hidalgo juga memiliki kreativiti menggerakan serangan selain tampil begitu tajam menyempurnakan setiap peluang terhidang menerusi gerakan sendiri atau sewaktu mendapat umpanan rakan sepasukan.
Musim ini menyaksikan Hidalgo sudah pun meledak tujuh gol bersama empat bantuan jaringan daripada 16 perlawanan dihadapi bersama Sri Pahang.
Joao Pedro
Penyerang berbisa Sabah ini antara perlu diberi perhatian penuh oleh pertahanan Tok Gajah ekoran kualiti penyudah dimiliki beliau cukup tinggi walau berada pada sudut sukar.
Dibawa masuk pada pertengahan musim, pemain dari Brazil ini tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi salah satu kunci kekuatan Sabah di posisi serangan utama.
Gol pembukaan Sabah FC di halaman sendiri. Hantaran yang cantik dari Stuart Wilkin dan disudahkan oleh Joao Pedro⚡⚡
Saksikan siaran langsung di Astro Arena 803!!#DemiLigaKita #sabvskdn pic.twitter.com/9e2z86f8FH
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 3, 2024
Sehingga kini, beliau sudah pun meledak tujuh gol secara keseluruhan daripada 12 perlawanan diharungi bersama Sabah bagi aksi domestik termasuk Piala Malaysia 2024/2025.
Stuart Wilkin
Pemain tengah serangan Sabah ini terus mempamerkan konsistensi dalam permainan menerusi ketajaman serta kreativiti beliau mengatur gerakan-gerakan berbahaya.
Kelebihan utama Wilkin terarah kepada kualiti beliau mencipta lorongan berbahaya serta memiliki keupayaan tinggi melepaskan rembatan dari jarak jauh dengan tepat.
⚽️ Stuart Wilkin edge first post 🔴🦏
🎥 : Astro & MFL#UnifiPialaMalaysia #SABPTA #SabahFC #StuartWilkin#SNESports#LifeTelco#KelmeMalaysia pic.twitter.com/TBviA0GdyU
— SNE Sports (@SNE_Sports) November 28, 2024
Musim ini menyaksikan Wilkin sudah meledak empat gol serta empat bantuan jaringan daripada 17 perlawanan bersama Sabah dan mempamerkan aksi cukup menyakinkan.