Piala Malaysia: Kelantan Mahu Elak Dibelasah JDT Dengan Jaringan Besar

Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, mengakui tugas sukar sedang menanti pasukannya apabila dijadualkan bertemua juara liga super 5 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT), dalam aksi ketiga Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Yusri menyifatkan JDT kini dalam prestasi terbaik dan beliau mahu elakkan pasukannya daripada dibelasah dengan jaringan yang besar di halaman sendiri.

“Nampak sukar kerana JDT baru saja menewaskan Kedah dengan jaringan yang cukup besar dan mereka kini kembali kepada prestasi sebenar.

“Setiap jurulatih pasti ingin melakukan yang terbaik untuk pasukan masing-masing. Namun, saya akan cuba pastikan kami tidak hilang di sebalik 90 minit permainan dan juga tidak memberi laluan mudah kepada JDT di gelanggang sendiri.

“Realitinya, kehadiran JDT kali ini agak berbeza, namun kami akan cuba sedaya-upaya mendapatkan mata bagi memburu kedudukan terbaik dalam Kumpulan C,” katanya kepada Astro Arena.

Yusri Che Lah tegas dalam sesi latihannya. FOTO: Kelantan FA

Selepas mengalami kekalahan mengejut kepada pasukan Liga Premier, MISC-MIFA 0-2, Yusri mengesahkan akan melakukan rombakan kecil di bahagian pertahanan.

“Ada sedikit rombakan perlu dilakukan, terutama di bahagian pertahanan kiri, akibat kecederaan yang dialami Mohd Azwan Aripin.

“Begitu juga di bahagian pertahanan kanan yang sering menjadi sasaran lawan sepanjang musim ini.

“Saya akan cuba baiki dan harap sesiapapun yang diturunkan malam ini perlu berusaha lebih gigih dan memberikan yang terbaik,” katanya.

Yusri yang juga bekas pengendali Felcra FC kurang berminat untuk menggunakan strategi bertahan dengan sekali-sekala melancarkan serangan balas bagi memerangkap pertahanan lawan kerana ia cukup berisiko.

“Saya tidak nampak sangat taktikal serangan balas mampu memberikan hasil dalam 90 minit permainan. Namun, itulah hakikatnya bagi pasukan yang tidak ada kekuatan untuk menandingi keampuhan JDT.

“Cuma, apa yg perlu saya fikirkan di sini untuk menggunakan kekuatan dan kreativiti pemain sayap (kiri dan kanan) yang lebih laju bagi memerangkap benteng lawan.

“Paling penting, pemain yakin dengan kemampuan diri dan kurangkan kesilapan di atas padang, Insya-Allah kejayaan akan datang,” katanya.

Untuk rekod, TRW berada di tangga ketiga Kumpulan C dengan satu mata hasil keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah di Alor Star manakala JDT di tempat kedua dengan tiga mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN