Kuching City berjaya menjadi antara pasukan yang mencipta kejutan untuk melangkah ke pusingan suku akhir Piala Malaysia musim ini, setelah mereka menumpaskan cabaran Penang.
Lawan mereka pada perlawanan malam esok juga bukan calang-calang iaitu Sabah yang sebelum itu menewaskan UiTM FC untuk menjadi sebagai salah satu pasukan pilihan musim ini.
SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2022
TM Piala Malaysia 2022
🔥Kuching City FC vs Sabah FC
⚽️8.15 malam
🗓️5 November 2022
🏟️Stadium Negeri📺Siaran Langsung di Youtube Unifi
KEMASUKAN ADALAH PERCUMA
Sama-sama kita Laruk esok! pic.twitter.com/hDuIUx3PTe
— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) November 4, 2022
Pertemuan kedua pasukan itu dijangka bakal menjanjikan sesuatu yang sengit jika diimbas pada prestasi semasa mereka yang sangat positif kini.
Untuk Kuching City, beraksi di laman sendiri pastinya akan memberi sedikit kelebihan buat mereka untuk tampil lebih berkeyakinan seperti perlawanan lalu.
Sementara Sabah pula, berbekalkan para pemain berpengalaman menjadikan itu sebagai aset utama mereka untuk menghadapi cabaran pasukan tuan rumah.
Berikut merupakan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memberikan impak besar pada perlawanan ini untuk membantu pasukan masing-masing mencipta kemenangan.
Aylton Alemao (Kuching City)
Tonggak pertahanan import ini menjadi salah seorang pemain paling penting buat Kuching City sepanjang musim 2022 dalam saingan Liga Premier.
Konsistensi beliau jelas berterusan sehingga dalam saingan Piala Malaysia, apabila Aylton tampil cemerlang di posisi pertahanan untuk menyerap asakan daripada pemain serangan Penang.
57' GOL | Aylton Alemao menyambar bola muntah untuk gol ketiga Kuching City FC!
Perlis United FC 0-3 @OfficialKCFC #PialaFA2022 pic.twitter.com/JwhtG6JMM8
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 17, 2022
Pemain kelahiran Brazil ini juga memiliki ketenangan yang baik untuk meneutralkan tekanan lawan menerusi kawalan bola yang kemas, serta memiliki kemampuan dari segi hantaran jauh kepada rakan sepasukan.
Jika konsistensi beliau diteruskan, ini mungkin menjadi masalah buat barisan serangan Sabah untuk menembusi benteng pertahanan tuan rumah yang diketuai Aylton.
Abu Kamara (Kuching City)
Penyerang berusia 25 tahun ini tampil dengan rekod yang sangat hebat bersama Kuching City dalam saingan Liga Premier musim 2022.
Selaku penjaring terbanyak Liga Premier musim ini, kelibat Kamara pastinya akan diberi perhatian penuh oleh barisan pertahanan Sabah untuk mengelakkan beliau daripada mencipta sesuatu.
73' GOL | Penjaring terbanyak Liga Premier, Abu Kamara meletakkan Kuching City di hadapan.@Penang_FC 1-2 @OfficialKCFC #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/XpTFOGGRLb
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 26, 2022
Kelebihan Kamara terletak menerusi kelincahan di hadapan gawang gol serta bijak mengidu peluang untuk meledak jaringan.
Park Tae-su (Sabah)
Jeneral perang Sabah ini tidak perlu diperkatakan lagi mengenai sumbangannya di atas padang untuk membantu pasukan meraih sesuatu yang positif.
Berkelebihan beraksi di pelbagai posisi menjadi Tae-su sebagai aset utama buat Dato’ Ong Kim Swee dalam merencanakan taktikal untuk setiap perlawanan.
90+2' GOL | Park Tae-su meletakkan Sabah FC di hadapan! @OfficialPahang 1-2 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/vpoXFh67bU
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 11, 2022
Sesuatu yang wajar diberi perhatian oleh pasukan Kuching City ialah mengenai kelebihan Tae-su yang mampu meledak gol dari sudut sukar serta bijak membuat hantaran kepada pemain serangan lain.