Piala Malaysia: Kedah Tersingkir, JDT Dan Kelantan Pintas Di Selekoh Akhir

Perebutan slot ke suku akhir kumpulan C sangat dramatik.

2 pasukan di tangga teratas sebelum sepak mula tersingkir dan dipintas 2 pasukan di kedudukan ke-3 dan ke-4.

Ini adalah kedudukan sebelum sepak mula malam ini.

JDT selesaikan misi

JDT berhadapan dengan  MISC-MIFA. Dan pasukan Harimau Selatan tiada masalah untuk menang dalam perlawanan terakhir.

MISC-MIFA berjaya bertahan untuk 45 minit pertama.

Namun JDT menjaringkan 3 gol pada separuh masa kedua oleh Cabrera (2 gol) dan Safawi Rasid. 2 daripadanya adalah daripada sepakan penalti.

Kelantan kejutkan Kedah

Pasukan bukan pilihan Kelantan mengejutkan pasukan Kedah dengan kemenangan 2-0 di Kota Bharu.

Pasukan Kelantan tidak diletakkan harapan untuk mara daripada kumpulan ini dengan segala krisis yang melanda mereka musim ini.

Namun ternyata mereka berjaya memberikan pakej kejutan.

Apa dah jadi dengan skuad Hijau Kuning yang turun sebagai pendahulu kumpulan. Mereka hanya memerlukan seri untuk mara.

Namun Kedah tewas 2-0 sekaligus menutup pintu mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.

Dan inilah kedudukan kumpulan C selepas tamat 6 perlawanan kesemuanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN