Pasukan pilihan, JDT memastikan mereka terus mengungguli kumpulan B dengan kemenangan besar 5-0 ke atas PKNP FC.
4 gol terhasil pada separuh masa pertama menerusi, Maurício dos Santos Nascimento, Gonzalo Cabrera, dan Safawi Rasid.
Manakala 2 lagi gol dihasilkan pada separuh masa kedua menerusi Safawi Rasid dan Diogo Luís Santo 51.
Benjamin Mora mengakui, separuh masa kedua sebagai pertarungan yang sukar dan mereka gagal mendapat apa yang mereka mahukan.
Mora berkata kepada MFL: “Bezanya pada hari ini, kita belajar. Kita belajar, jika kita tidak berikan 100% fokus kita, jiwa kita, dan corak permainan kita – kita boleh tersungkur. ”
“Pertarungan yang sukar pada separuh masa kedua, dan kami tidak dapat mencapai apa yang kami mahukan.”
“Namun, jika kita ingat kembali, pada separuh masa pertama, kita bermain sangat baik. Dan kita balik ke rumah [selepas perlawanan] memberikan sesuatu kepada penyokong dan bos kami dengan aksi para pemain kami. Mereka [pemain] melakukan tugas dengan baik.”
“Ini akan membolehkan para pemain mendapat semula keyakinan mereka.”