Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menamatkan musim Liga Malaysia kali ini tanpa sebarang kekalahan dalam semua kejohanan selepas menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.
Gol daripada Bergson da Silva dan Fernando Forestieri memadamkan pendahuluan yang dicipta oleh Herlison Caion untuk Selangor.
Separuh masa pertama menyaksikan permainan bercorak positif ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan untuk memburu gol awal.
Tidak dinafikan yang Selangor adalah pasukan yang lebih baik berbanding JDT dengan mereka berjaya memperoleh beberapa peluang terhidang.
Peluang pertama muncul pada minit ke-3 apabila Mukhairi Ajmal berdepan Farizal Marlias selepas Selangor melancarkan serangan balas pantas. namun sayangnya rembatan beliau terkena palang.
Dua minit berselang, Selangor memperoleh sepakan percuma dari jarak 30 meter namun percubaan Baha’ Abdelrahman turut melewati palang gol.
JDT turut memperoleh peluang pertama dalam tempoh 10 minit awal permainan apabila Leandro Velazquez melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun hasilnya sama juga.
Peluang terbaik Selangor hadir selepas Herlison Caion berjaya melepaskan diri untuk berdepan dengan Farizal Marlias secara 1v1 namun sungkitan beliau hanya sipi dari tepi gol JDT.
Hein Htet Aung juga memperoleh peluang yang sama namun ketangkasan pertahanan JDT berjaya menafikan Selangor dengan gol pendahuluan yang amat mereka dambakan.
Fernando Forestieri yang agak tenggalam dalam perlawanan ini mempunyai satu peluang selepas mengutip bola kedua hasil sepakan penjuru JDT tetapi rembatannya di luar padang mengecewakan.
Arif Aiman yang tidak menunjukkan permainan cemerlangnya juga mempunyai satu peluang selepas JDT melancarkan serangan balas pantas tetapi percubaannya tersasar jauh daripada gawang.
Caion terus melepaskan pelbagai peluang kali ini selepas Mukhairi menghantar bola dalam situasi sepakan percuma, tandukannya melepasi palang.
Caion dan Selangor akhirnya berjaya menemui gol yang dicari selepas penyerang itu dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-45.
45' GOL | Sepakan penalti Caion meletakkan Selangor FC di hadapan.@OfficialJohor 0-1 @selangorfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/xEJBBydRj8
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 26, 2022
Sepakan Caion itu berjaya menewaskan Farizal dan Selangor mendahului menghampiri tamat separuh masa pertama.
Akan tetapi, pendahuluan yang diperoleh tidak kekal lama apabila ketika masa kecederaan, Bergson da Silva menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk sepakan penjuru.
45+2' GOL | Bergson da Silva menyamakan kedudukan buat JDT sebelum tamat babak pertama!@OfficialJohor 1-1 @selangorfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/jQotXJnDcQ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 26, 2022
Separuh masa kedua
Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol untuk memperoleh status quo dalam perlawanan akhir ini.
JDT yang banyak disekat kemaraannya di separuh masa kedua kini tampil dengan permainan yang lebih baik untuk menguasai perlawanan.
15 minit pertama perlawanan menampakkan peningkatan permainan oleh Forestieri dan Arif untuk membantu Bergson.
Hasilnya, mereka berjaya mendahului selepas percubaan Bergson berjaya dihalang Khairulazhan Khalid, namun bola jatuh tepat kepada Forestieri dan rembatannya jatuh terus ke jaring Selangor.
59' GOL | Fernando Forestieri meletakkan JDT di hadapan!@OfficialJohor 2-1 @selangorfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/9VNvBLzHd4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 26, 2022
Selangor cuba bangkit selepas ketinggalan namun segala pergerakan mereka berjaya dihalang dengan baik oleh JDT.
Memasuki 15 minit terakhir permainan, tempo permainan semakin perlahan dan tiada percubaan-percubaan rancak dilakukan.
Selangor cuba untuk menghidupkan sisa-sisa peluang namun sukar untuk mereka melakukannya.
Mereka cuba untuk menghidupkan peluang menerusi Danial Asri yang dimasukkan menggantikan Caion namun impak yang diberikannya hanyalah minima.
Secara keseluruhannya, JDT berjaya memperkemas permainan mereka dan hasilnya begitu baik apabila Selangor tidak berupaya untuk melawan di separuh masa kedua.
Keputusan penuh, Johor Darul Ta’zim 2-1 Selangor. JDT juara Piala Malaysia 2022.
Kesebelasan utama
Johor Darul Ta’zim: Farizal Marlias (penjaga gol) (ketua pasukan), Matt Davies, Afiq Fazail, Bergson da Silva, Leandro Velazquez, Feroz Baharudin, La’Vere Corbin-Ong, Natxo Insa, Shahrul Saad, Arif Aiman, Fernando Forestieri
Selangor: Khairulazhan Khalid (penaga gol), Quentin Cheng, Mukhairi Ajmal, Herlison Caion, Fazly Mazlan, Alex Agyarkwa, Hein Htet Aung, Richmond Ankrah, Sharul Nazeem, Brendan Gan (ketua pasukan), Baha’ Abdelrahman