Piala Malaysia: JDT Mudah Jinakkan Kelantan

Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menghadapi masalah besar untuk mencatat kemenangan selesa ke atas Kelantan 3-0 dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia.

Stadium Sultan Muhammad IV dipenuhi setiap ruang oleh penyokong setia mereka namun ia belum cukup untuk membantu pasukan kesayangan mereka mencatat keputusan potitif.

Sebaik permainan dimulakan, JDT terus menekan tuan rumah dengan asakan demi asakan dan memberi intensiti tinggi kepada lawan mereka.

Untuk 15 minit awal, Kelantan berjaya mengikut rentak permainan pantas JDT namun perbezaan kecergasan mula terlihat apabila beberapa pemain tuan rumah mula kelihatan penat dan sukar untuk terus menutup ruang secara pantas seperti di awal permainan.

Deretan peluang yang terhidang oleh JDT masih lagi gagal untuk terjemahkan dalam bentu jaringan terutama dari Arif Aiman apabila beberapa percubaa beliau melambung tinggi.

JDT dilihat lebih banyak menyerang dari kiri dan kanan untuk menebusi barisan pertahanan Kelantan namun setiap asakan lawan, mereka dapat bertahan dengan baik untuk 20 minit awal.

JDT berpeluang untuk membuka tirai melalu Bergson da Silva pada minit ke-22 namun percubaan beliau di dalam kotak penalti tersasar dari pintu gol.

Selang tiga minit kemudian, Leandro Velazquez  juga hampir mendapatkan gol namun sepakan percuma beliau terkena tiang membolehkan pintu gol Kelantan terselamat.

JDT lebih dominan dalam perlawanan ini dan menguasai bahagian tengah menyebabkan mereka mudah mengatur serangan ke kubu lawan.

Bergson akhirnya berjaya memecah tembok kebal Kelantan pada minit ke-29 selepas tandukan beliau gagal diselamatkan oleh Penjaga gol Kelantan, Nik Mohd Amin.

Anak buah Hector Bidoglio terus mengukuhkan kedudukan kali ini menerusi Syafiq Ahmad meledak jaringan kedua pada minit ke-37 selepas menanduk hantaran cantik dari Afiq Fazail.

Bermula babak kedua, JDT hampir memperoleh jaringan awal menerusi percubaan Syafiq namun penjaga gol berjaya menafikannya.

Pasukan pelawat terus mendominasi permainan dan mudah menyusun serangan ke mana mereka mahu menyerang.

Kelantan cuba mengimbangi perlawanan dan mengatur serangan balas bila berpeluang namun sering hilang bola di kawasan terakhir pihak lawan.

Leandro beberapa kali mencuba untuk mendapatkan jaringan akhirnya beliau membuka akaun jaringan dalam kem Piala Malaysia pada minit ke-74.

Berbaki 15 minit terakhir perlawanan, JDT terpaksa bermain 10 orang selepas Afiq menerima kad kuning kedua sekali gus pengadil terpaksa melayangkan kad merah kepada beliau.

Di penghujung perlawanan, berlaku sedikit kekecohan antara pemain JDT dan tuan rumah namun pengadil perlawanan berjaya mengawal kembali keadaan untuk kembali tenang.

Kelantan cuba mengambil kesempatan ke atas pasukan Harimau Selantan yang bermain 10 orang namun setiap kali mereka memulakan serangan, JDT mudah mematahkan serangan balas tuan rumah.

Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan dan JDT membawa bekalan jaringan yang selesa untuk perlawanan kedua nanti.

Suku akhir kedua akan berlangsung pada 11 November nanti di Iskandar Puteri untuk menentukan pasukan mana yang akan layak ke separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN