Piala Malaysia: Jaringan Minit Akhir Nik Sharif Haseefey Hantar Selangor Ke Suku Akhir

Selangor Piala Malaysua Nik Sharif

Selangor mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Kuching City menerusi gol pada minit-minit akhir aksi peringkat kumpulan B yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Turun sebagai pasukan pilihan, skuad kendalian Karsten Neitzel itu berjaya mengutip tiga mata penuh di gelanggang lawan.

Selangor hanya memerlukan 18 minit untuk menghasilkan gol pertama perlawanan selepas penyerang muda Danial Asri bijak mencuri ruang untuk menanduk masuk hantaran lintang Alexander Ameyaw.

Aksi di separuh masa pertama jelas lebih memihak kepada pasukan perlawat yang lebih banyak mengusai bola dan merencanakan serangan bagi menghasilkan peluang.

Tetapi Kuching City bijak mengambil kesempatan apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-67 dengan memanfaatkan kesilapan Khairul Azhan yang gagal menangkap kemas percubaan Zainudin Bohri dari luar kotak penalti.

Penyerang import Michael Ijezie pantas meluru untuk menyambar bola muntah dan menjaringkan gol kedua periadonya dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Ketika perlawanan seakan-akan bakal berakhir tanpa pemenang, usaha bertali arus Selangor untuk mencari gol kemenangan berhasil di minit-minit akhir pada masa kecederaan hasil rembatan Nik Sharif Haseefey untuk menghantar Selangor ke peringkat suku akhir lebih awal.

Selangor telah pun mengumpul sembilan mata dari empat perlawanan untuk berada di tangga kedua, sementara dua pasukan pencabar lain Kuching City dan Perak  setakat ini hanya mengumpul satu mata sekaligus menutup peluang mereka untuk ke peringkat seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN