Piala Malaysia: Hati-Hati Dengan Ancaman Selangor, KL City

Sharul Nazeem Selangor

Dua pasukan yang mengisi balang 2 menjelang undian Piala Malaysia 2021, Selangor dan Kuala Lumpur City dijangka menjadi pasukan yang mahu dielakkan oleh kebanyakan pasukan.

Ia termasuk empat pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Penang dan Terengganu dari balang 1 menjelang undian 100 tahun Piala Malaysia yang akan berlangsung esok.

Faktor itu terjadi kerana kedua-dua pasukan sedang berada di prestasi terbaik pada penghujung saingan Liga Super yang menyaksikan mereka boleh menewaskan sesiapa sahaja lawan yang akan ditemui di Piala Malaysia.

Menurut penganalisis Liga Malaysia yang juga merupakan bekas penyerang kebangsaan, Rudie Ramli, beliau menjangkakan mana-mana pasukan yang akan diundi bersama dua pasukan ini bakal memperlihatkan saingan sengit di peringkat kumpulan.

“Kalau kita tengok persembahan Selangor dan KL City kebelakangan ini, sememangnya mereka akan menjdi cabaran besar kepada pasukan-pasukan di balang satu.

“Biarpun Selangor tewas kepada PJ City pada aksi terakhir namun dalam beberapa perlawanan sebelum itu, mereka saya dapati ada adunan pemain senior dan junior yang begitu baik.

Jika Selangor Konsisten Dari Awal Musim, JDT Pun Tak Boleh Cari Makan

“Mereka tampil cemerlang dalam kebanyakan perlawanan yang dilangsungkan di tempat lawan dan secara keseluruhan, kualiti mereka tidak jauh dengan empat pasukan di tangga teratas.

“KL City pula mempunyai rekod begitu menakjubkan apabila tidak tewas dalam 11 perlawanan di tempat sendiri walaupun mereka ada masalah ketiadaan penyerang import.

“Bagaimanapun, Bojan Hodak(ketua jurulatih KL City) begitu ‘masak’ dengan Liga Malaysia apabila bijak menggunakan Paulo Josue dan Romel Morales beraksi di posisi penyerang selain sudah mula menggunakan Safee Sali.

“Namun, jangan juga memandang rendah satu lagi pasukan di balang kedua iaitu PJ City, mereka sudah mula menemui rentak kemenangan pada dua aksi terakhir selain Melaka United,” katanya.

11 pasukan Liga Super telah mengesahkan tempat selain 2 pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan dan Sarawak United sementara baki tiga lagi slot ke Piala Malaysia akan ditentukan antara empat lagi pasukan Liga Premier iaitu membabitkan PDRM, Kuching City, Kelantan dan Kelantan United.

Selain balang satu dan dua, balang tiga akan menyaksikan empat pasukan dari tangga kesembilan hingga sebelas Liga Super iaitu Sabah, Sri Pahang dan Perak manakala satu lagi akan diisi juara Liga Premier manakala balang empat antara pasukan di tangga kedua hingga kelima Liga Premier, tanpa mengambil kira kedudukan pasukan reserve.

Undian akan dijalankan dengan cabutan pemilihan pasukan daripada balang pasukan dan komposisi kumpulan akan terbentuk selepas cabutan balang komposisi.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis, Syed Adney Syed Hussein, mengakui juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menjadi pilihan utama di atas kertas bagi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi dua tahun lalu namun terdapat beberapa pasukan dijangka mampu memberikan cabaran.

Pencapaian Terbaik KL City Di Liga Super Hasil Sentuhan Emas Bojan Hodak

Beliau juga merupakan bekas penjaga gol kebangsaan serta menyarung jersi Selangor, Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkata Terengganu di bawah kendalian Nafuzi Zain, dijangka akan membuat kebangkitan selepas melalui kekecewaan di penghujung saingan Liga Super.

“Penang, Kedah, Terengganu, dan Selangor saya rasa akan beraksi lebih baik di Piala Malaysia dengan mereka mempunyai dua minggu untuk melakukan persiapan.

“Namun saya rasa Terenggganu yang menjadi pasukan paling kecewa kerana selepas sekian lama berada di tempat kedua tetapi akibat gagal peraga prestasi terbaik dalam beberapa perlawanan terakhir, mereka terus jatuh ke tangga keempat.

“Saya rasa Nafuzi pasti membangkitkan semula semangat pemain-pemainnya di Piala Malaysia yang hanya punyai enam perlawanan sahaja untuk diharungi di peringkat kumpulan.

“Begitu juga dengan Kedah, mereka akan bertambah garang dengan kehadiran semula Kpah Sherman untuk kembali bergandingan semula bersama Tchetche Kipre.

“Namun, saya masih meletakkan JDT sebagai pasukan pilihan kerana ada kekuatan yang baik dari segi barisan pemain utama dan simpanan malah mereka boleh melakukan penggiliran pemain jika diperlukan ekoran kecederaan atau penggantungan mana-mana tonggak utama,” katanya. – MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN