Quantcast

LIGA MALAYSIA

Piala Malaysia: Gol Kontroversi Khyril Muhymeen Singkirkan Perak

Pertembungan suku akhir kedua di antara Selangor dan Perak menjadi perhatian. Selangor ketinggalan 1-0 agregat daripada perlawanan pertama.

Di Shah Alam, skuad bimbingan B. Sathianathan berjaya mendahului di Syazwan Zainon pada minit ke-33.

Namun kontroversi berlaku pada minit ke-45 apabila Khyril Muhymeen menjaringkan gol kedua pasukan Selangor yang disyaki daripada kedudukan ofsaid.

Ketika bola dilepaskan, Khyril kelihatan berada di hadapan bola. Anda saksikan di sini gol tersebut dan nyatakan pandangan anda kepada kami.

Bersambung babak kedua, Khyril Muhymeen menambah 1 lagi gol pada minit ke-67. Prestasi yang cemerlang untuk pemain yang memulakan musim ini dengan kesulitan di mana pasukan beliau sebelum ini disingkirkan daripada Liga Malaysia.

Brendan Gan merapatkan jurang gol pada minit ke-83. Ia sudah terlalu lambat untuk menyelamatkan Perak daripada bangkit.

Selangor menang agregat 3-2 mengatasi Perak. Pada separuh akhir Selangor akan berhadapan JDT, dalam usaha mereka mahu menjulang Piala Malaysia ke-34 dalam sejarah pasukan.

Perak mengakhiri musim mereka pada 2019 tanpa sebarang piala domestik. Manakala Selangor meneruskan pemburuan mereka dalam Piala Malaysia.

Selain Selangor dan JDT, satu lagi pertemuan adalah melibatkan Kedah dan Pahang.