Juara Piala Malaysia 4 kali, Pahang berjaya menjadi pasukan pertama yang mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2019.
Kejayaan menumpaskan Sabah di Darul Makmur, serta keputusan seri dicatatkan Perak dan Pulau Pinang, membuatkan pasukan Pahang mara ke pusingan seterusnya, dengan status juara kumpulan A.
Gol tungal kemenangan pasukan Pahang dijaringkan oleh Dickson Nwakaeme pada minit ke-58. Nwakaeme berhadapan dengan beberapa siri kecederaan pada musim ini. Perkara yang turut mempengaruhi prestasi beliau.
Nwakaeme melakukan flick yang cantik untuk menjaringkan gol tersebut.
57' | GOL DICKSON!
Dickson Nwakaeme menguis masuk untuk memberikan kelebihan berharga buat @OfficialPahang di Stadium Darul Makmur.#PialaMalaysia2019#MFLLive#PHGSAB pic.twitter.com/TFHBmS1DZx
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 24, 2019
Namun begitu, Nwakaeme akhirnya memberikan senyuman kepada penyokong Tok Gajah. Ini merupakan kemenangan ke-4 berturut-turut dicatatkan anak-anak buah Dollah Salleh.
Kekalahan yang dialami oleh pasukan Sabah – juara Liga Premier 2019 – menayaksikan cabaran Sang Tambadau dalam saingan Piala Malaysia sudah berakhir.
Sabah masih gagal mengutip sebarang mata dalam saingan kali ini. Musim lalu pasukan Sabah mara sehingga ke separuh akhir.
Pahang masih ada 2 perlawanan lagi selepas ini.
Sebagai rekod, kali terakhir Pahang juara Piala Malaysia adalah pada 2014 dengan kejuaraan ‘back to back’, selepas menjuarainya pada 2013.
Mampukah Pahang mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Malaysia mereka pada akhir musim ini?