Piala Malaysia: Fandi Ahmad Fokus 2 Perkara Sebelum Hadapi Sabah

Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Loading official content
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers'
Jose Mourinho turned up the heat ahead of Thursday night's Ibrox showdown by insisting that Fenerbahce are a better team than Rangers.
0 seconds of 1 minute, 17 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield
01:27
00:00
01:17
01:17
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengendali utama Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad dilaporkan kini sedang sibuk mempersiapkan pasukannya sebelum mereka menghadapi cabaran separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024/2025 bertemu Sabah.

Terdahulu, Tok Gajah tampil dengan kejutan di pentas Piala Malaysia musim ini setelah kejayaan mereka mengetepikan cabaran getir Perak pada pusingan suku akhir.

Walaupun hadir dengan tidak begitu konsisten di persaingan Liga Super, jelas tuah memihak kepada Fandi dan anak-anak buah untuk melayakkan diri ke pentas separuh akhir kejohanan tersebut.

Malah, Tok Gajah kini berupaya untuk mengulangi kejayaan tahun 2014 ketika mereka melayakkan diri ke pentas akhir Piala Malaysia bersama kejayaan cukup bermakna.

Walaupun begitu, ketika ini Fandi mempunyai banyak kerja rumah perlu dilakukan sebelum mereka menghadapi cabaran Sabah yang juga dianggap cukup kuat pada musim 2024/2025.

Antara ingin diperbaiki oleh jurulatih dari Singapura itu ialah daripada segi aspek pertahanan serta serangan kelab menjadi lebih baik.

Apa tidaknya, Sri Pahang menghadapi isu konsistensi di posisi pertahanan walaupun dibarisi oleh pemain-pemain berkaliber sejak awal saingan liga berlangsung.

Sementara posisi serangan pula menyaksikan pasukan itu terlalu bergantung harap kepada Kpah Sherman daripada kualiti penyudah selain menghadapi isu kreativiti membuka peluang ke arah gol.

Disebabkan itu Fandi berharap segalanya mampu diperbaiki dan tampil lebih baik menjelang perlawanan getir menghadapi cabaran daripada Sabah.

“Fokus utama pasukan ialah untuk memastikan jentera serangan lebih tajam dan pada masa sama pemain pertahanan akan lebih bersedia serta mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.

“Selain latihan, kekuatan mental juga diberikan keutamaan memandangkan saingan getir yang bakal dihadapi apabila beraksi di separuh akhir,” ujar Fandi menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Fandi turut berharap para pemain kendaliannya tidak membuat sebarang kesilapan mudah yang membuka ruang kepada lawan untuk mencipta sesuatu tidak diingini pada aksi akan datang.

“Apabila berada pada tahap ini (separuh akhir), sebolehnya tidak lagi mengulangi kesilapan mudah seperti yang dipersembahkan ketika seri dengan Perak pada suku akhir kedua,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN