Pengendali Pahang, Dollah Salleh menyatakan beliau yakin Pahang akan memberikan saingan sengit kepada juara Piala FA, Kedah dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia.
Seterusnya, Dollah juga bersyukur kerana pemain-pemain yang cedera telah kembali pulih.
Namun begitu, Dollah Salleh tidak pasti pemain-pemain ini akan cergas sepenuhnya. Kecederaan dan kecergasan 2 perkara berbeza. Dollah Salleh turut mengesahkan Dickson Nwakaeme akan terlibat dalam aksi menentang Lang Merah.
Dollah Salleh berkata: “Pemain yang sudah pulih memang memberikan kita kelegaan untuk bertandang ke halaman lawan. Tetapi isu sekarang, saya cuma risau mereka tidak berada dalam kecergasan terbaik.”
“Namun mereka benar-benar fokus dan bersungguh-sungguh, dan ini hilangkan tekanan pada saya.”
“Penyerang, Lazarus Kaimbi yang cedera sebelum ini juga masih tajam apabila turun ke padang latihan hari ini, manakala Nor Azam Azih pula boleh katakan kecergasannya ialah 50-50. Jadi, hanya Muslim yang sudah pasti tidak dapat bermain.”
Berkenaan dengan status Safuwan Baharuddin, Dollah Salleh meletakkan keyakinan ke atas pemain itu.
Jurulatih Pahang itu juga sedar, kedua-dua pasukan sangat kenal akan kekuatan dan kelemahan antara satu sama lain. Ini akan menjadikan perlawanan ini bakal sengit.