Saingan Piala Malaysia 2022 terus bersambung malam ini dengan segalanya bakal dinoktahkan untuk menentukan sama ada Terengganu atau Selangor yang akan mara ke pusingan final.
Pada aksi lalu, Selangor jelas mempamerkan suatu karakter yang sangat membanggakan, setelah pasukan ini berjaya menewaskan Terengganu dengan keputusan 3-1.
PM SF2: Terengganu FC 🆚 Selangor FC
🏟️ Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
📆 Isnin, 21 Nov 2022
🕖 9:00PM90 minit lagi. Perjuangan kita belum tamat! Terus kekal fokus! Ayuh, kita berikan sokongan terbaik kepada para pemain kita. Demi Kebanggaan!❤️💛
Dikuasakan oleh PKNS pic.twitter.com/A6hDD4a5MA
— Selangor FC (@selangorfc) November 18, 2022
Tampil dengan corak permainan agak agresif, skuad kendalian Tan Cheng Hoe jelas berjaya memberi suatu pengajaran besar buat Terengganu untuk kembali bangkit malam ini.
Terengganu pula, momentum kemenangan mereka jelas terjejas pada perlawanan tersebut, selepas dikejutkan oleh pasukan lawan yang tampil serba garang sepanjang 90 minit aksi berlangsung.
Malah, penyerang mereka iaitu Kpah Sherman jelas tenggelam dalam corak permainan apabila pemain ini gagal untuk menghasilkan sebarang jaringan sepanjang tempoh permainan berlangsung ketika itu.
Untuk aksi malam ini, persaingan yang lebih sengit dijangka bakal berlaku dalam misi untuk menempah tiket ke final dan merebut kejuaraan terakhir peringkat domestik musim ini.
Ini tiga pemain yang dijangka bakal memainkan peranan penting untuk pasukan masing-masing dalam usaha untuk melayakkan diri ke pentas final Piala Malaysia.
Mukhairi Ajmal (Selangor)
Pemain muda Selangor ini jelas tampil dengan sangat menonjol pada aksi pertama lalu menerusi sumbangan beliau untuk pasukan sepanjang aksi 90 minit berlangsung.
Tiga bantuan jaringan yang dihasilkan Mukhairi berjaya membantu Selangor untuk mencatat kemenangan bergaya di laman sendiri dan pemain tersebut jelas sangat tenang di posisi tengah.
Dengan 3 bantuan jaringan, Mukhairi Ajmal dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan malam ini! Tahniah! ❤️💛
Dikuasakan oleh @MbiSelangor #MKLK #SFCTFC#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/KCi05ZYCsO
— Selangor FC (@selangorfc) November 16, 2022
Kualiti Mukhairi terletak kepada kawalan bola yang baik, bijak mencipta peluang gol, dan tepat membuat hantaran-hantaran jauh untuk mencipta serangan.
Terengganu pastinya tidak rela melihat Mukhairi terus bermaharajalela lagi untuk menjadi pemusnah harapan mereka malam ini di Gong Badak.
Herlison Caion (Selangor)
Penyerang utama Selangor ini jelas mempamerkan aksi yang sangat konsisten dalam setiap perlawanan untuk menjadi kunci utama serangan kelab.
Lima gol telah pun dihasilkan Caion setakat ini dalam saingan Piala Malaysia 2022 untuk berkongsi kedudukan bersama Bergson da Silva yang merupakan penyerang utama Johor Darul Ta’zim (JDT).
43' GOL | Caion meletakkan Selangor di hadapan menerusi tandukan ini!@selangorfc 2-1 @FCTerengganu #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/qAijofISfF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 16, 2022
Selain lincah mengawal bola, Caion antara pemain yang sangat bijak untuk membuat larian deras memintas pertahanan lawan, serta tenang menyudahkan semua peluang terhidang depan gol.
Faisal Halim (Terengganu)
Walaupun Faisal tidak menyumbang sebarang gol atau bantuan jaringan pada perlawanan lalu, aksi pemain ini masih dianggap sangat penting buat Terengganu di posisi serangan.
Faisal boleh dianggap menikmati musim terbaiknya ketika ini bersama Terengganu, selepas prestasi jelas memuncak menerusi sumbangan besarnya untuk kreativiti serangan pasukan.
49' GOL | Rembatan Faisal Abdul Halim menewaskan Mamadou Samassa untuk gol ketiga Terengganu!@OfficialPahang 1-3 @FCTerengganu #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/nFqn5XZw67
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 27, 2022
Selain lincah dan sukar dihalang pertahanan lawan, pemain ini juga antara yang sangat bijak menghidu peluang depan gol untuk meledak jaringan-jaringan cantik buat pasukan.