Nama Nurshamil Ghani sekali lagi menjadi sebutan ramai, apabila ketajaman beliau di hadapan gol terus dipamerkan dalam aksi Piala Malaysia 2022 musim ini.
Setelah tampil dengan kejayaan sebagai salah seorang penjaring terbanyak Liga Premier 2022 dengan sembilan gol dicatat beliau, pastinya pemain ini ingin meneruskan rentak dalam saingan Piala Malaysia kali ini untuk terus menjulang nama Kelantan.
⚽️ Penyerang Kuching City FC, Abu Kamara sah bergelar penjaring terbanyak Liga Premier 2022 dengan 1️⃣1️⃣ gol!
Kamara diikuti oleh Daryl Sham (Johor Darul Ta’zim II) dan Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) yang masing-masing meledak 9️⃣ gol.#LigaPremier2022 pic.twitter.com/Th5h58Uu7D
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 2, 2022
Nurshamil tampil meledak satu jaringan ketika perlawanan pertama melibatkan Kelantan menentang Sarawak United sebelum aksi kedua pemain tersebut terpaksa dikeluarkan lebih awal kerana isu kecederaan.
Namun perkhabaran menyatakan Nurshamil tidak mengalami kecederaan serius untuk beraksi pada malam esok bagi aksi suku akhir Piala Malaysia 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Selaku salah seorang pemain serangan utama Kelantan, Nurshamil jelas memiliki kemampuan yang sangat baik untuk meledak gol buat pasukan.
Sikap agresif, bijak menghidu peluang, serta klinikal di hadapan gol menjadikan Nurshamil sebagai aset penting dalam misi untuk mencipta jaringan pada perlawanan seterusnya ini.
13' GOL | Nurshamil Abd Ghani menjaringkan gol pembukaan di Kota Bharu!@kelantanfc_trw 1-0 @sufc_rasmi #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/Cs396tImMX
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 31, 2022
Biarpun lawan yang bakal dihadapi kali ini jelas merupakan pasukan pilihan utama berbanding Kelantan, namun kemampuan Nurshamil bersama rakan-rakannya untuk mencipta kejutan tetap terbuka.
Seperti diakui, JDT merupakan antara pasukan dengan jumlah bolos paling sedikit musim ini dalam saingan Liga Super, setelah mereka hanya melepaskan 12 gol sahaja daripada 22 perlawanan.
Maka perlawanan malam esok pastinya menjadi ujian paling getir buat Kelantan sepanjang musim ini untuk berdepan JDT di laman sendiri.
Selain Nurshamil, tiga lagi pemain lain dijangka bakal menjadi tumpuan ramai untuk perlawanan malam esok untuk membantu pasukan masing-masing mencatat keputusan positif.
Felipe Hereda (Kelantan)
Salah seorang pemain import berkualiti Kelantan ini mula menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada pertengahan musim di posisi tengah bertahan.
Ketenangan beliau mengawal tempo permainan serta cepat menutup ruang buat pasukan lawan mencipta gerakan dari tengah menyaksikan Hereda menjadi antara pemain kesukaan Kelantan kini.
𝐈𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐈𝐏𝐄 𝐖𝐄 𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓!🔴⚪️
Selamat Datang Felipe Hereda Dos Santos ke skuad The Red Warriors. Pemain samba ini akan bersama pasukan dalam pusingan kedua Liga Premier musim 2022. #ThePowerOfGomoMindset#GomoKelateGomo pic.twitter.com/nggId1oNII
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) June 25, 2022
Hereda juga bijak melakukan lorongan-lorongan berbahaya buat barisan serangan pasukan serta antara pemain paling kreatif menyusun pergerakan buat Kelantan.
Bergson da Silva (JDT)
Pemain import paling menyerlah musim ini jelas berada pada tahap terbaik beliau untuk terus menjadi penjaring utama buat JDT kini.
Siapa sahaja tidak gerun akan Bergson, apabila ketajaman beliau sentiasa diakui dalam setiap perlawanan dihadapi oleh JDT untuk memberi kejayaan buat kelab.
4' GOL | Bergson da Silva membuka tirai jaringan seawal minit keempat dengan rembatan padu dari luar kotak penalti!@OfficialJohor 1-0 @pjcityfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/AxBR6dDtm3
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 31, 2022
Kelebihan Bergson terarah kepada kekuatan fizikal, tenang di hadapan gol, serta bijak mencuri setiap peluang yang terhidang.
Natxo Insa (JDT)
Maestro utama JDT ini menjadi pemain paling penting buat pasukan dalam setiap perlawanan, apabila kemampuan beliau selaku pemain tengah sentiasa sentiasa tampil konsisten.
Memiliki teknik kawalan bola yang baik serta bijak merancang segala gerakan buat JDT, kelibat Natxo pastinya akan menjadi antara ancaman berbahaya buat Kelantan dari segi penguasaan bola di tengah.
68' | GOL NATXO INSA!@OfficialJohor menggandakan kedudukan menerusi jaringan Natxo Insa!
Johor Darul Ta'zim 2-0 Kedah Darul Aman FC#PialaSumbangsih2021 pic.twitter.com/iv9uUBpXG8
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 5, 2021
Gandingan Natxo bersama Afiq Fazail musim ini telah membawa banyak kejayaan buat JDT dalam meraih kemenangan-kemenangan penting.