Saingan Piala Malaysia 2022 terus bersambung malam ini dengan membabitkan dua lagi perlawanan untuk aksi suku akhir bagi merebut tike ke peringkat seterusnya.
Salah satu perlawanan mencuri tumpuan ialah membabitkan juara edisi lalu, Kuala Lumpur City (KL City) yang menerima kunjungan Terengganu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Tampil selaku juara musim lalu dalam saingan Piala Malaysia, KL City dilihat pastinya mahu mengekalkan kejuaraan tersebut setelah masih segar dengan status finalis Piala AFC musim ini.
🏴🏳 HARI PERLAWANAN SUKU AKHIR PERTAMA TM PIALA MALAYSIA 2022 : KL CITY FC VS TERENGGANU FC 🏴🏳
KL CITY FC vs TERENGGANU FC
📆 6 November 2022
⏰ 9.00 pm
🏟 Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/yTKP9APQrm— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 6, 2022
Manakala Terengganu pula, pasukan tersebut kini berada dalam momentum terbaik menerusi kemenangan besar ke atas Sri Pahang beberapa hari lalu, dan pastinya mempunyai misi tersendiri untuk perlawanan malam ini.
Dua kali pertemuan membabitkan pasukan tersebut musim ini dalam aksi Liga Super menyaksikan Terengganu berjaya mengatasi cabaran KL City.
Walaupun begitu, aksi malam ini pastinya berbeza kerana Bojan Hodak pastinya mempunyai rencana tersendiri untuk menghentikan skuad kendalian Nafuzi Zain.
Begitu juga dengan Nafuzi yang dilihat sebagai salah seorang jurulatih tempatan paling menyerlah musim ini yang pastinya mempunyai resepi untuk menoktahkan sesuatu di gelanggang lawan.
Berikut merupakan empat pemain yang dijangka bakal memberi impak penting untuk perlawanan malam ini bagi membantu pasukan masing-masing meraih kemenangan.
Faisal Halim (Terengganu)
Salah seorang pemain yang perlu diberi tumpuan penuh pastinya terarah kepada Faisal yang dilihat berada dalam momentum terbaik kini di bahagian serangan Terengganu.
Dua perlawanan lalu ketika menentang Sri Pahang, jelas Faisal menjadi pemain paling penting dalam memberi sumbangan gol dari segi ketajaman serta kreativiti dimiliki beliau.
29' GOL | Faisal Halim menyudahkan umpanan Kpah Sherman untuk gol kedua!@FCTerengganu 2-0 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/x53lQPf04s
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Aset kepantasan, ketajaman, serta kualiti kawalan bola Faisal diakui antara yang sangat terbaik ketika ini dalam negara, dan KL City perlu memberi perhatian kepada gerakan beliau sepanjang aksi berlangsung.
Kpah Sherman (Terengganu)
Lima jaringan beliau daripada dua perlawanan dihadapi Terengganu dalam kempen Piala Malaysia ini membuktikan Kpah masih lagi antara penyerang import berbahaya untuk diawasi.
Kpah yang tidak begitu menyerlah dalam aksi Liga Super sebelum ini, membalas kritikan segelintir para penyokong menerusi kecemerlangannya dalam Piala Malaysia.
🖐 Penyerang @FCTerengganu, Kpah Sherman telah meledak lima gol dalam dua perlawanan #TMPialaMalaysia2022 setakat ini! pic.twitter.com/mwSZQ2PRFj
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 2, 2022
Kekuatan fizikal dan kualiti penyudah beliau yang dipamerkan setakat ini menjanjikan rasa gerun buat para pertahanan lawan untuk mengawal Kpah.
Paulo Josue (KL City)
Jeneral perang KL City ini boleh dianggap sebagai pemain kunci ketika situasi serangan berpihak kepada kepada mereka menerusi kreativiti dan ketajaman dimiliki beliau.
Sebagai pemain tengah, Josue bijak mengawal tempo permainan dan sentiasa menjadi tulang belakang utama buat KL City untuk mendapatkan jaringan.
67' GOL | Paulo Josue menjaringkan gol kelapan peribadinya dalam saingan Liga Malaysia 2022!@officialpdrmfc 0-2 @KLCityFootball #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/aDJKH0xxCx
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 27, 2022
Malah, Terengganu juga perlu berhati-hati sekiranya lawan mendapat peluang sepakan percuma, kerana Josue bijak membuat hantaran tepat ke dalam petak penalti lawan atau terus menyudahkannya dalam bentuk gol.
Zhafri Yahya (KL City)
Zhafri membuktikan mengapa beliau perlu dianggap sebagai antara pemain paling bernilai musim ini bersama KL City menerusi sumbangannya.
Pemain sayap ini tampil dengan corak permainan yang sangat menarik bersama KL City menerusi gerakan individunya yang sangat lincah dan kualiti penyudah dimiliki beliau.
89' GOL | Zhafri Yahya memecahkan kebuntuan pada lewat perlawanan!@KLCityFootball 1-0 @officialpdrmfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/tkYSyNWzoS
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Selain itu, Zhafri juga antara pemain yang gemar meledak gol dari jarak jauh dan ini perlu diawasi sepenuhnya buat barisan pertahanan Terengganu untuk tidak membiarkan beliau mendapat sebarang ruang.