Saingan separuh akhir Piala Malaysia 2024/2025 akan bermula pada hari ini dengan empat pasukan sebelum itu sudah pun mengesahkan tempat mereka masing-masing untuk membuat perhitungan.
Bermula dengan perhitungan membabitkan pertemuan antara Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), aksi bersambung pada hari esok dengan Sabah melayan kunjungan Sri Pahang di Likas.
Debaran Separuh Akhir #UnifiPialaMalaysia kian terasa!
📌 Terengganu FC vs Johor Darul Ta'zim
• Jumaat, 9PM, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin📌 Sabah FC vs Sri Pahang FC
• Sabtu, 8.15PM, Stadium LikasJumpa anda di stadium! #UnifiPialaMalaysia2024-25 #DemiLigaKita pic.twitter.com/4T9mMgahz6
— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 16, 2025
Melihat kepada perjalanan keempat pasukan ini di pentas separuh akhir, masing-masing dianggap layak kerana mereka memiliki kekuatan tersendiri untuk mengisi slot tersebut.
Sudah tentu para peminat mengharapkan aksi sengit membabitkan empat pasukan tersebut untuk terus memberi debaran sebelum ia dinoktahkan pada aksi final.
Untuk dua aksi separuh akhir ini, setiap kelab memiliki pemain serangan berbisa mereka yang bakal dipertaruhkan untuk mengatasi lawan masing-masing.
Joao Pedro (Sabah)
Menyertai Sabah pada jendela perpindahan kedua bagi menggantikan khidmat Ramon Machado, ianya dianggap cukup berbaloi buat pasukan tersebut kini selaku penyerang utama.
Setakat ini, Pedro telah meledak tujuh gol secara keseluruhan buat Sabah daripada 11 perlawanan serta satu daripada di pentas Piala Malaysia.
⚽️🔴⚪️🔵 JOÃO PEDRO SCORES AND SABAH ADVANCES
Our striker scored on today’s match the goal that sealed the qualification to quarterfinals of Piala Malaysia with a great win by 7-0. #EtminanBrazilFamily#EtminanBrazilAroundTheWorld#WorkHard#GodBless#UnifiPialaMalaysia2024 pic.twitter.com/B6lsNUcm07
— Etminan Brazil (@etminanbrazil) November 27, 2024
Pemain dari Brazil ini sentiasa berada pada kedudukan tepat untuk menerima umpanan rakan sepasukan selain boleh melakukan percubaan daripada pelbagai cara dan sudut di hadapan gawang gol.
Manuel Hidalgo (Sri Pahang)
Pemain sayap lincah tersebut terus menghiburkan para peminat pada musim ini bersama Sri Pahang menerusi kelincahan serta ketajamannya di hadapan gawang gol.
Masih segar dengan jaringan hatrik beliau baru-baru ini, Hidalgo telah pun meledak empat gol secara keseluruhan di saingan Piala Malaysia dan tujuh bagi semua aksi domestik musim 2024/2025.
Tiada istilah berhenti buat Manuel Hidalgo! 👑
Liputan Piala Malaysia di Astro, dikuasakan oleh @umobile!#UnifiPialaMalaysia #SRPPRK pic.twitter.com/qYeanc5Z71
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 22, 2024
Kreativiti Hidalgo untuk memberi bantuan gol kepada rakan sepasukan juga antara wajar diberi perhatian setelah beliau sudah mencipta empat ‘assist’ pada musim ini di posisi sayap kanan.
Bergson da Silva (JDT)
Mesin gol JDT ini cukup digeruni mana-mana lawan, baik di pentas domestik atau kejohanan antarabangsa menerusi reputasi serta rekod beliau bersama kelab tersebut.
Bagi aksi Piala Malaysia sahaja, Bergson telah pun melakar lima gol secara keseluruhan dan momentum beliau berada pada tahap terbaik untuk meneruskannya lagi kini.
⚽️ Bergson Da Silva keep and dribbling to goal 🔴🔵
🎥 : Astro & MFL#LigaSuper #JDTSAB #JDT #Bergson#SNESports#LifeTelco#KelmeMalaysia pic.twitter.com/yBUYJaWW6m
— SNE Sports (@SNE_Sports) January 12, 2025
Kekuatan fizikal, kelincahan, serta ketenangan bakal penyerang naturalisasi Harimau Malaya ini menjadi aset utama beliau untuk terus mencipta magis di pentas Piala Malaysia bersama JDT.
Nelson Bonilla (Terengganu)
Penyerang kebangsaan El Salvador ini mungkin kurang tajam di hadapan gol jika dibandingkan tiga nama pemain yang kami sebut sebentar tadi di atas.
Namun, impak Bonilla kebelakangan ini makin baik terutama daripada segi persefahaman beliau bersama rakan sepasukan lain untuk menghasilkan gol.
Gol pembukaan perlawanan menerusi Nelson Bonilla dalam aksi Liga Super LS12 antara Terengganu FC dan PDRM FC.
Muat turun aplikasi baharu MFL secara percuma sekarang#MFLKeyMoments pic.twitter.com/HBTKEvXcCR
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 4, 2024
Bagi saingan Piala Malaysia musim ini, Bonilla telah pun merekodkan satu gol bersama satu bantuan jaringan selain mempamerkan kualiti permainan menyakinkan di atas padang bersama Terengganu.