Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu secara rasminya bakal membuka tirai saingan separuh akhir pada hari ini bagi saingan Piala Malaysia 2024/2025 dalam misi masing-masing untuk mencatat keputusan positif.
Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan Sang Penyu bakal hadir selaku tuan rumah untuk melayan kunjungan JDT.
Menelusuri kembali perjalanan kedua pasukan itu di pentas Piala Malaysia, Terengganu tidak menghadapi begitu banyak kesukaran dengan mengatasi cabaran Melaka di pentas 16 terbaik serta Negeri Sembilan pada babak suku akhir.
Preparing for the semi-final 1st leg! 💪🏆
More photos at https://t.co/4tPlxgEakp
Hidup Johor Demi Johor#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/nxaRysZLA5
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 14, 2025
Sementara JDT pula mengatasi cabaran daripada KL Rovers serta Kuala Lumpur City untuk melayakkan diri mereka ke pusingan separuh akhir menghadapi cabaran Terengganu.
Melihat kepada perlawanan ini, dijangka aksi sengit bakal berlaku sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung dengan membabitkan kedua pasukan tersebut.
Namun dijangka JDT tidak menghadapi pelbagai isu besar untuk mengatasi cabaran Sang Penyu walau berkunjung ke gelanggang pasukan lawan.
Kualiti pemain
JDT musim ini boleh dianggap sangat lengkap daripada segi kekuatan mereka untuk seimbang di segenap posisi terutama sekali membabitkan aspek import.
Di senarai penyerang import sahaja JDT memiliki penyerang berpengaruh seperti Heberty, Bergson da Silva, serta Jorge Obregon yang sudah pun terbukti di pentas domestik serta antarabangsa.
Malah, pemain tempatan mereka juga tidak kurang menyerlah jika dibandingkan tonggak-tonggak Terengganu seperti Arif Aiman Hanapi, Shahrul Saad, Syihan Hazmi dan ramai lagi untuk diletakkan dalam kesebelasan utama.
Pengalaman luas JDT
JDT jelas lebih berpengalaman untuk menyerap tekanan beraksi di mana-mana pentas berintensiti tinggi dan ia sudah dibuktikan sejak musim-musim lalu lagi.
Bukan menjadi masalah untuk skuad kendalian Hector Bidoglio bermain di gelanggang lawan yang dipenuhi para penyokong Terengganu kerana mereka sudah pun terbiasa sejak di pentas kejohanan Asia.
Malah, pengalaman-pengalaman luas dimiliki pemain mereka juga dijangka bakal memberi kelebihan buat JDT untuk menangani cabaran pasukan tuan rumah hari ini.
Rekod lalu memihak kepada JDT
Imbas kembali mengenai rekod pertemuan kedua pasukan tersebut sejak lima perlawanan lalu jelas memihak kepada JDT dengan semua kemenangan menjadi milik Harimau Selatan.
We're on our way to Kuala Terengganu for Semi-finals 1st Leg!
More photos at https://t.co/RZZvNH2Uqo#TERvJDT#PialaMalaysia#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/BKgxgjdpz8
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 16, 2025
Malah, aksi terakhir kedua pasukan tersebut pada saingan Liga Super lalu juga menjadi milik JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), menerusi keputusan 4-0 dilakar mereka mengatasi Sang Penyu.
Menerusi konsistensi itu, tiada sebab untuk JDT tampil gusar atau berada dalam tekanan untuk meneruskan rekod positif mereka seterusnya pada aksi akan datang.