Piala Malaysia: 3 Perkara Perlu Selangor Kuasai Untuk Tewaskan JDT

Selangor

Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara gergasi bola sepak baharu, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan paling banyak menang kejohanan ini iaitu Selangor, ia pasti menjadi penemuan yang dinantikan oleh seluruh rakyat jelata.

Secara ringkas dan padat, Selangor boleh membawa pulang piala dan melengkapkan misi ke-34 mereka serta mendapat bonus tiket ke Asia.

Namun begitu, terdapat tiga perkara yang harus mereka pandang serius dan perlu atasi di dalam perlawanan akhir nanti.

Jika ia berhasil, peluang untuk Selangor buat JDT pulang ke selatan dengan tangisan akan jadi begitu tinggi.

Kali terakhir Selangor menang ke atas mereka ini adalah pada tahun 2017.

Selepas itu sehingga kini, ia bagaikan sumpahan buat mereka setiap kali bertemu JDT.

Kuasai tengah

Ini sebenarnya adalah perkara paling asas bagi permainan bola sepak kerana jika kita mampu menguasai ruang ini, lawan akan lumpuh dalam perlawanan tersebut secara tersendiri.

Tetapi perkara asas inilah yang gagal digunakan oleh kebanyakkan pasukan terutama bila bertemu JDT.

Semua sedia maklum, skuad bimbingan Hector Bidoglio mempunyai pemain berkualiti tinggi dan jika diberi ruang untuk pemain bergerak bebas, pasti penjaga gol hanya mampu mengutip bola di dalam jaring sendiri saja.

Leandro Velazquez, Natxo Insa dan Arif Aiman, inilah pemain yang mempunyai kualiti tinggi tanpa perlu diulaskan lagi.

Dalam skuad JDT, Arif adalah penyumbang gol paling tinggi dalam pasukan.

Tiga pemain ini seperti ‘pembunuh’ senyap yang sering membuatkan pemain lawan berputih mata.

Melakukan tekanan tinggi

Banyak pasukan cuba melakukan perkara ini iaitu bermain intensiti tinggi namun mereka gagal untuk bertahan sehingga minit terakhir.

Jadi, Brendan Gan dan Mukhairi Ajmal serta rakan-rakan perlu memainkan peranan dan jangan sesekali memberi ruang kepada pasukan lawan untuk memegang bola lebih lama.

Jika ini terjadi, secara tidak langsung mereka tidak dapat melakukan hantaran seperti kebiasaan. Jika tidak, Bergson da Silva dan Fernando Forestieri akan menghantui pemain Selangor.

Kesemua pemain Selangor perlu bergerak secara unit atau berpasukan jika melakukan tekanan kepada pemain JDT. Tetapi jika sebahagian sahaja yang melakukannya, maka kelompongan ini akan memberi kelebihan buat pemain Harimau Selatan mengambil kesempatan.

Jaringkan gol, semestinya

Untuk menang, harus menjaringkan gol lebih daripada pasukan lawan. Jangan terjadi seperti menjaringkan tiga gol tetapi melepaskan empat jaringan di gawang sendiri.

JDT boleh dikatakan sempurna di setiap posisi dan sukar untuk pasukan lawannmenembus bentang terakhir mereka.

Tetapi jika mampu melepasinya, berdepan dengan Farizal Marlias bukan isu besar bagi Herlison Caion untuk meledak jaringan.

Imbas kembali, Kuala Lumpur City berjaya menewaskan JDT di pentas akhir kerana mereka memanfaatkan peluang yang hadir biar pun perlawanan dikuasi sepenuhnya oleh Harimau Selatan.

Sebab itu, peluang yang hadir perlu dimanfaatkan sepenuhnya jika tidak, untuk meraih kemenangan semakin sukar.

Selangor tidak boleh memberi ruang untuk pemain lakukan haram kerana bahagian serangan JDT begitu berbisa setiap kali dapat peluang.

Menguasi perlawanan dan mencipta banyak peluang belum tentu mampu memenangi perlawanan.

Satu kesilapan, satu kegagalan

Di pentas akhir sudah pasti atmosferanya berlainan dan pasukan yang kurang melakukan kesilapan serta bijak mengambil peluang ke atas lawan mereka, akan memenangi perlawanan itu.

Yang pasti, permainan Selangor juga semakin baik dibawah bimbingan Tan Cheng Hoe dan ini memberi keyakinan kepada penyokong Merah Kuning.

Sementara JDT ketika ini berada di prestasi terbaik mereka untuk melengkapkan kesemua kejuaraan pada musim ini seperti mana pernah dilakukan oleh Kedah dan Kelantan sebelum ini.

Sebagai peminat, sudah pasti kita inginkan satu perlawanan yang menghiburkan tanpa ada kontroversi di dalam padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN