Piala Malaysia 2023: Selangor ‘Terkulai Layu’ Di Tangan Terengganu

Selangor gagal untuk mencipta kemenangan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2023, selepas mereka tewas 0-2 di tangan pasukan tuan rumah iaitu Terengganu dengan aksi berlangsung cukup sengit sepanjang tempoh 90 minit.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu berjaya mendapatkan dua jaringan berharga mereka pada perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti Ivan Mamut serta bintang gantian, Syahmi Zamri.

Awal perlawanan menyaksikan kedua pasukan seimbang menguasai permainan dengan masing-masing cuba melancarkan serangan ke arah gawang gol lawan.

Ivan Mamut melepaskan peluang terbaik untuk mendapatkan gol sulung buat Terengganu pada minit keenam, selepas beliau mempunyai peluang keemasan dengan berjaya melepaskan satu rembatan ketika berhadapan Sam Somerville sahaja, namun percubaan tersebut sedikit tersasar keluar sekali gus menghampakan para penyokong Sang Penyu.

Selepas 15 perlawanan berlangsung, bola jelas lebih banyak berlegar di tengah padang dengan kedua pasukan seolah buntu untuk tampil lebih kreatif menyusun serangan bagi mendapatkan jaringan.

Sesekali Terengganu tampil dengan tekanan bertali arus diberikan mereka untuk mengasak pertahanan pelawat, namun setiap percubaan dilepaskan masih gagal untuk diterjemahkan dalam bentuk gol.

Penyerang import Selangor, Richmond Boakye hampir membuka jaringan sulung buat The Red Giants pada minit ke-39 sebelum rembatan pemain tersebut berjaya diselamatkan oleh Suhaimi Husin untuk menyelamatkan keadaan.

Terengganu mendapat peluang sepakan penalti selepas kesilapan yang dibuat oleh Quentin Cheng untuk mengasari Nurillo jelas dikesan oleh pengadil perlawanan pada masa tambahan separuh masa pertama.

Ivan Mamut mudah menyempurnakan peluang tersebut menerusi satu rembatan deras untuk menewaskan Sam Somerville, sekali gus meletakkan Terengganu 1-0 mengatasi Selangor sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Bersambung di separuh masa kedua, Terengganu terus tampil dengan momentum positi dengan siri-siri serangan berbahay dilancarkan mereka bagi mendapatkan gol kedua perlawanan.

Selangor jelas begitu tumpul di hadapan gol, walaupun ada beberapa percubaan sebenarnya dilepaskan oleh Boakye untuk mendapatkan jaringan penyamaan di separuh masa kedua.

Sebaliknya Terengganu pula tampil dengan lebih berhati-hati selepas pasukan tersebut terus mengukuhkan posisi tengah mereka untuk mengelakkan pelawat mencipta sesuatu di posisi tersebut.

Memasuki minit ke-80, skuad kendalian Tan Cheng Hoe menggandakan usaha mereka dengan siri serangan bertali arus dilancarkan pasukan tersebut, sambil tuan rumah kini lebih banyak bertahan di kubu sendiri.

Terengganh terus menambah derita buat Selangor, selepas giliran Syahmi Zamri pula hadir untuk menutup peluang buat pelawat menerusi rembatan beliau di penghujung separuh masa kedua, sekali gus mengesahkan kemenangan buat tuan rumah.

Keputusan perlawanan kekal dengan kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah menerusi keputusan penuh 1-0 hasil jaringan tunggal penyerang import mereka iaitu Ivan Mamut di separuh masa pertama.

Kesebelasan utama

Terengganu: Mohd Suhaimi Husin (Penjaga gol), Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Azam Azmi Murad, Ivan Mamut, Habib Haroon Haroon Saeed (Kapten), Sony Norde, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob @ Engku Azman, Muhammad Safwan Mazlan, Muhammad Alif Zakaria, Mohd Nor Hakim Hassan, Nurillo Tukhtasinov

Selangor: Samuel Jacob Somerville (Penjaga gol), Quentin Jiun-Ho Cheng, Mohamad Faisal Abdul Halim, Richmond Boakye-Yiadom, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Ahmad Khuzaimi Piee, Muhammad Safuwan Baharudin, Alexander Agyarkwa Ameyaw, Sharul Nazeem Zulpakar, Ayron Del Valle Rodriguez, Brendan Seng Ling Gan (Kapten)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN