Musim Felda Unitec sudah berakhir apabila Pulau Pinang menamatkan perjuangan mereka di pusingan awal Piala Malaysia 2020 di Georgetown.
Gol dari Casagrande, Amer Azahar dan Lee Chang-hoon cukup untuk menamatkan hayat Felda United yang tidak akan kembali ke Liga Malaysia pada musim 2021.
Perlawanan di separuh masa pertama dilihat kedua-dua pasukan cuba untuk mencari gol dengan tujuh minit pertama menyaksikan tiga percubaan bahaya terhasil.
Casagrande mempunyai peluang untuk membuka jaringan seawal empat minit permainan namun tandukan lambung beliau singgah di palang kawalan Zarif Irfan.
Tidak lama kemudian giliran Felda United mempunyai peluang kali ini menerusi Syahmi Zamri yang gagal untuk meletakkan bola di dalam gol yang terbuka.
Bola sepakannya itu singgah di tiang Pulau Pinang dan keluar dari kawasan permainan.
Selepas itu, Khairu Azrin pula mempunyai peluang menerusi rembatan luar kotak penalti tetapi ianya tidak menghasilkan gol.
Perlawanan kemudian menyaksikan kedua-dua pasukan cuba untuk mendapatkan gol seawal boleh dengan Pulau Pinang mempunyai lebih penguasaan dalam perlawanan.
Hasilnya, Casagrande berjaya juga menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-37 selepas beliau menyempurnakan hantaran lintang awal dari sebelah kiri.
Separuh masa kedua menyaksikan Felda United terus berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan dan jelas sekali ianya terhasil.
37' | GOL CASAGRANDE!
@fa_penang kini mendahului @feldaunitedfc menerusi jaringan Casagrande. #TMPialaMalaysia2020#PENFEL#MFLLive pic.twitter.com/zuTd8x299A
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Pemain gantian, Nicolas Velez yang menggantikan Syahmi berjaya menyempurnakan usaha Ryutaro Megumi yang cuba menjaringkan gol pada minit ke-49.
49' | GOL VELEZ!@feldaunitedfc menyamakan kedudukan menerusi jaringan Nicolas Velez. #TMPialaMalaysia2020#PENFEL#MFLLive pic.twitter.com/bC6eYWkpcq
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Megumi kemudiannya mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan tetapi kawalan bak kaki kanannya dikecewakan oleh penyudah kaki kirinya yang melambung di hadapan gol Samuel Somerville.
Pulau Pinang berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Amer Azahar yang melakukan penyudah bijak mengatasi Zarif.
Gol beliau cukup menarik terutamanya hantaran Al-Hafiz Harun yang membelah pertahanan pelawat.
62' | GOL AMER AZAHAR!
@fa_penang menambah jaringan kedua menerusi Amer Azahar.#TMPialaMalaysia2020#PENFEL#MFLLive pic.twitter.com/Y3TTrD2aOa
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
Selepas rehat minum air dan berbaki 15 minit perlawanan, Felda United melakukan beberapa pertukaran untuk cuba menyelamatkan musim mereka.
Akan tetapi, ikhtiar itu tidak membawa erti apabila Pulau Pinang menjaringkan gol ketiga mereka menerusi situasi sepakan percuma.
Lee Chang-hoon menjaringkan gol tersebut walaupun Rafael Vitor dilihat ada melakukan sentuhan akhir tetapi dalam kadar minima.
Secara keseluruhannya, persembahan cemerlang Pulau Pinang malam ini menghadiahkan mereka dengan tiket ke suku akhir. Mereka jelas sekali berhak untuk layak.
Keputusan akhir, Pulau Pinang 3-1 Felda United.
Kesebelasan utama
Pulau Pinang: Samuel Somerville (penjaga gol), Khairu Azrin, Casagrande, Lee Chang-hoon, Amer Azahar, Al-Hafiz Harun, Latiff Suhaimi, Endrick Dos Santos, Fairuz Zakari, Rafael Vitor, Azmi Muslim (ketua pasukan).
Felda United: Zarif Irfan (penjaga gol), Azarul Azhar, Tasnim Fitri, Faiz Mazlan, Ryutaro Megumi, Danial Amier, Khairul Amri (ketua pasukan), Ezanie Mat Salleh, Haziq Puad, Nikola Rasporovic, Syahmi Zamri
Pegawai perlawanan
Pengadil: Fairuzi Mat Desa
Pembantu pengadil 1: Shahril Abu Samam
Pembantu pengadil 2: Zairi Abdul Hamid
Pengadil ke-4: Zaidi Zakariya