Piala Malaysia 2020: Laluan Mudah Buat JDT, Pertempuran Sengit Di Medan Satu Lagi

TM Piala Malaysia 2020

Adakah benar ianya laluan mudah buat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk ke pentas final buat kali kedua berturut-turut dalam saingan TM Piala Malaysia 2020?

Tengahari tadi telah berlangsung undian Piala Malaysia dan juga laluan ke pentas final musim ini. Menariknya, kejohanan kali ini diserikan dengan tawaran tiket ke pentas Asia sebagai taruhan. Hasil undian menyaksikan laluan juara bertahan, JDT seakan-akan mudah dengan hanya menanti cabaran daripada pasukan-pasukan bukan pilihan.

Untuk pusingan pertama, JDT dijadualkan bertemu Kuching FA di halaman sendiri dan akan bertemu dengan Kuala Lumpur yang mendapat bye selepas Sabah tidak diberi pelepasan untuk menyertai kejohanan kali ini disebabkan peningkatan kes COVID-19.

Pemenang kumpulan ini akan bertemu kumpulan yang menempatkan pertembungan juara Liga Premier, Pulau Pinang dan FELDA United yang merupakan musim terakhir di Liga Malaysia. Satu lagi pertembungan adalah antara UiTM FC dan Kelantan.

Sementara di medan satu lagi yang bakal menentukan satu lagi finalis menempatkan pasukan-pasukan gergasi dan juga pilihan ke final. Finalis musim lepas, Kedah dijadualkan akan menentang juara empat kali Piala Malaysia, Pahang dan pemenang akan bertemu dengan pemenang antara juara 33 kali, Selangor dan Melaka United.

Kumpulan tersebut bakal menghadapi tentangan daripada Terengganu FC, PJ City FC, Perak dan Kelantan United. Terengganu akan turun menentang PJ City FC, sementara juara lapan kali, Perak akan menghadapi cabaran daripada Kelantan United.

Tentunya ramai menjangkakan JDT akan ke pentas final sekali lagi dengan hasil undian tersebut. Namun, cabaran daripada UiTM FC, Kelantan dan Pulau Pinang tidak boleh dipandang rendah apabila format baharu diperkenalkan iaitu tiada lagi timbal balik.

Dengan tiket ke saingan Asia menjadi taruhan, sudah tentu semua pasukan akan memberikan yang terbaik. Siapa pilihan pembaca untuk menjuarai kejohanan antara yang tertua di Asia ini? Komen pilihan juara Piala Malaysia 2020 anda sekarang!

KREDIT FEATURED IMAGE: MFL

Baca lagi artikel lain mengenai Piala Malaysia 2020:

Terlepas Aksi Piala Malaysia, Kurniawan Redha Keputusan MKN

Perubahan Format Saingan Piala Malaysia 2020 Beri Peluang Seimbang

Status Pendatang Baharu Tak Halang Kuching FA Tempah Slot Ke Piala Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN