Piala Malaysia 2020: Hasrat Kelantan Ke Suku Akhir Disekat UiTM

UiTM Kelantan Piala Malaysia

UiTM FC jelas berada pada kelas tersendiri untuk menyingkirkan Kelantan dalam aksi pusingan pertama TM Piala Malaysia 2020 selepas menang 3-2 di Stadium Perbandaran Manjung pada Ahad.

Skuad kendalian Frank Bernhardt yang turun dengan status sebagai pasukan pilihan terpaksa bekerja keras untuk mengatasi Kelantan yang ‘tempang’ tanpa beberapa pemain utama dalam kesebelasan utama.

The Lions terlebih dahulu beberapa kali menguji benteng skuad The Red Warriors di awal permainan dah hasilnya berjaya mendahului seawal minit ke-13 menerusi Muhamad Arif Mohamed Anwar.

Arif yang tidak dikawal dengan baik melayangkan badan untuk melepaskan tandukan hasil hantaran lintang Rabih Ataya dari sebelah kanan menewaskan penjaga gol Fikri Che Soh.

Hanya dia minit kemudian UiTM menggandakan kelebihan dengan serangan balas pantas apabila Gustavo Almeida bijak membuat hantaran kepada Rafie Yaacob yang mudah menolak masuk bola ke dalam gawang gol menjadikan kedudukan 2-0.

Pada minit ke-23, Nik Akif Syahiran mempersia-siakan peluang terhidang apabila gagal menjaringakan gol ketika pintu gol yang sudah terbuka selepas menerima hantaran Lazarus Kaimbi pada minit ke-23.

Kesabaran Kelantan untuk mendapatkan jaringan pertama terbalas pada babak kedua apabila Daniel Ashraf yang menerima hantaran Nik Akif melepaskan rembatan kencang dalam kontak penalti dan gagal ditampan dengan kemas oleh penjaga gol Muhamad Azfar Arif.

 

Hanya dua minit kemudian, sebaik sahaja perlawanan bersambung selepas ‘water break’, Danial Ashraf sekali lagi meledakkan jaringan untuk pasukan pelawat menyamakan kedudukan.

Namun tiga minit selepas itu, Arif Anuar sekali lagi mencuri tumpuan dengan jaringan akrobatik dengan menyambar hantaran cantik Rabih Ataya bagi memastikan UiTM kembali mendahului.

 

Sebaik sahaja pengadil Fitri Mason meniupkan wisel penamat, UiTM akhirnya mengesahkan kemenanagan untuk menempah pertemuan dengan Pulau Pinang di peringkat suku akhir dan skuad kendalian Yusri Che Lah terpaksa akur menamatkan saingan di peringkat awal.

Kredit Foto: MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN