Piala Malaysia 2019: TFC Lebih Selesa Dengan Status Bukan Pilihan Menentang Kedah

TFC

Terengganu FC (TFC) bertandang ke Alor Setar dengan misi mengutip sekurang-kurangnya satu mata berhadapan dengan lawan mereka yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA pada bulan lepas.

Sekalipun menyedari mereka akan turun dengan status pasukan bukan pilihan dalam perlawanan malam ini, Terengganu tidak akan memberi laluan mudah dan menjanjikan tentangan sengit kepada pasukan tuan rumah.

Pasukan Kedah pastinya bukan lawan yang mudah dan berada di kelas tersendiri apabila berjaya meraih tiga mata penuh dalam perlawanan pertama Kumpulan A menentang Negeri Sembilan di gelanggang lawan tempoh hari.

Pemangku Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain, dalam responnya ketika dihubungi wartawan Berita Harian menyatakan, pasukan Kedah merupakan pasukan yang hampir lengkap di semua posisi terutamanya jentera serangan yang baik.

“Barisan depan skuad itu juga perlu diawasi kerana mereka antara pasukan yang memiliki jentera serangan paling tajam dalam liga Malaysia (Liga M) musim ini, kita dapat jangkakan tentangan sengit bakal dihadapi dan sudah pasti pemain kita perlu lebih bersedia daripada segi mental serta fizikal.

“Justeru saya menyifatkan pertemuan kedua kempen Piala Malaysia itu pastinya cabaran getir buat TFC untuk menyaingi lawan yang memiliki reputasi sebagai juara.” kata beliau lagi.

Nafuzi yang mula mengemudi skuad Penyu sejak Mei lepas membuktikan kemampuannya dalam perlawanan pertama Jumaat lepas di mana pasukan bimbingannya menang 3-1 menentang PKNS FC sekalipun beraksi tanpa enam pemain tonggak utama.

Malah beliau mendapat pujian apabila berjaya menonjolkan bakat-bakat terpendam seperti Sharin Sapien atau dikenali sebagai Potek untuk beraksi di atas padang.

Kredibilitinya sekali lagi akan teruji kali ini dengan laporan terkini di kem TFC, empat orang pemain masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan. Namun beliau percaya situasi itu tidak akan menjejaskan semangat anak buahnya seperti yang telah mereka buktikan ketika menang dalam perlawanan pertama.

Dalam masa yang sama, beliau berasa lega dengan kehadiran semula perancang utama Lee Tuck yang sudah selesai menjalanai hukuman penggantungan perlawanan.

Rekod pertemua kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Super berpihak kepada pasukan Kedah yang melakar kemenangan 3-0 di Stadium Darul Aman dan seri 2-2 di Kuala Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN