Piala Malaysia 2019: Tchetche Kipre Dahaga Hatrik, Lee Tuck Mahu Kukuhkan Pertahanan

Kipre Terengganu FC PKNS FC

Negeri Sembilan akan melayan kunjungan Terengganu FC dalam aksi ke-4, Piala Malaysia 2019 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi selepas tewas dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Kumpulan A, pada Sabtu lalu dengan keputusan 1-3.

Hatrik penyerang import, Tchetche Kipre membantu Terengganu FC untuk menundukkan lawannya itu di Kuala Terengganu dan kini menjadi impiannya untuk mengulanginya di Paroi pula.

“Saya begitu gembira dapat menjaringkan tiga gol, saya mahu mengulanginya di tempat lawan,” ujar penyerang berbisa itu seperti yang dilaporkan oleh portal Berita Harian.

“Tetapi apa yang lebih penting ialah kemenangan pasukan menjadi keutamaan kami, siapa yang jaringkan gol itu tidak begitu penting.

“Jadi kami perlu memberikan tumpuan 100 peratus untuk menang bagi mengukuhkan kedudukan selepas mengutip sembilan mata setakat ini, sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir,” ujarnya.

Sang Penyu telah mengumpul 9 mata dan jika kemenangan berjaya diraih pada malam ini, Terengganu akan mengesahkan slot mereka dan menjadi pasukan pertama yang layak ke peringkat suku akhir.

Bagi Lee Tuck pula, memetik kenyataannya di portal The Star, beliau mahu terus fokus memperbaiki pasukan kerana masih terdapat kekurangan terutamanya di bahagian pertahanan.

“Ianya tidak penting untuk menang dalam setiap perlawanan. Saya rasa kita boleh kukuhkan lagi benteng kita. Kita tidak boleh beri banyak peluang kepada lawan.”

“Kita beruntung kerana lawan gagal memanfaatkannya,” ujar kapten Terengganu FC itu.

Begitupun, benteng Terengganu FC boleh dikatakan antara yang kukuh dan terbaik dalam saingan Piala Malaysia setakat ini dengan hanya melepaskan dua gol dalam tiga perlawanan.

Disamping itu, bekas pemain Negeri Sembilan itu juga memuji pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan kerana telah berjaya melatih dan melahirkan produk yang baik untuk pasukan.

Selain itu, tindakan merekrut pemain TFC II juga sangat membantu.

Antaranya Rahmat Makasuf dan Sharin Sapien yang dibawa masuk daripada TFC II selain pertahanan import, Serhii Andrieiev yang kini adalah tunjang Sang Penyu dalam saingan Piala Malaysia.

“Mereka telah tunjuk kemampuan mereka. Ia juga menunjukkan betapa pasukan ini dikendalikan dengan baik.”

“Terengganu telah melahirkan pemain yang bagus, terima kasih untuk pengurusan latihan yang baik,” tambah pemain kacukan Malaysia-England itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN