Piala Malaysia 2019: Sukar Diterima Tetapi Kita Perlu ‘Move On’, Tegas Aidil Sharin

Aidil Sharin Kedah Terengganu

Pengendali Kedah, Aidil Sharin mengakui sukar untuk menerima kekalahan skuad kendaliannya kepada Terengganu FC dalam aksi kedua Kumpulan A, Piala Malaysia 2019 pada Khamis lalu sambil turut menyatakan yang mereka perlu terus bergerak ke hadapan.

Kedah tewas buat kali pertama di Darul Aman sejak Julai tahun lalu apabila tunduk 0-2 kepada Terengganu FC biarpun lawan dipaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang aksi babak kedua selepas penjaga gawang, Ilham Amirullah dilayangkan kad merah.

“Memang sukar untuk kita terima (kekalahan). Main di Darul Aman, kita kalah lawan dengan 10 orang dan lebih 10 peluang kita dapat. Setiap jurulatih dan pasukan pasti akan sukar untuk terimanya.

“Tetapi kita perlu move on kerana kalau setiap kali kita mahu pandang ke belakang, kita takkan raih apa-apa di hadapan,” ujar Aidil Sharin dalam sidang media sejurus perlawanan tamat.

FOTO: KFA

Pengendali kelahiran Singapura itu yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk bangkit dalam aksi bertemu PKNS FC nanti kerana beliau sentiasa meletakkan 100% kepercayaan kepada pemainnya.

Ketika ditanya adakah faktor keletihan menghantui prestasi para pemainnya selepas menjulang kejuaraan Piala FA, Aidil Sharin pantas menafikannya malah menyatakan sepatutnya kejayaan itu lebih mendorong untuk mereka memburu kemenangan.

“Kita tidak boleh beri alasan keletihan. Sepatutnya kita akan lebih bermotivasi selepas menang Piala FA dan kemudian menang di Seremban. Pemain telah beri 100% untuk cipta peluang cuma sentuhan akhir kita bermasalah, saya tidak pasti apa faktornya.

“Kita harus perbaikinya jika mahu terus menuju ke hadapan (suku akhir),” tambahnya lagi sambil memaklumkan yang pertahanan kental, Renan Alves bakal terlepas aksi menentang PKNS FC.

Aidil Sharin, Kedah
FOTO: Kedah FA

“Untuk aksi selepas ini, Renan (Alves) akan digantung perlawanan disebabkan mengumpul dua kad kuning dan sekali lagi kita akan beraksi tanpa pemain penting tetapi kita harus bersedia dengan pengganti untuk aksi selepas ini,” ujarnya kepada pihak media.

Ini bukanlah kali pertama Kedah terpaksa melalui perlawanan tanpa pemain yang digelar ‘Pak Nan’ itu kerana dalam pentas akhir Piala FA tempohari juga, Kedah terpaksa beraksi tanpanya.

Selain itu, Aidil Sharin juga mengesahkan yang tiga pemain telah kembali daripada kecederaan dan masalah kesihatan iaitu David Rowley, Azmeer Yusoff (buku lali) dan penjaga gol utama, Ifwat Akmal yang demam sebelum aksi menentang Terengganu FC.

Kredit Featured Image: Arena Hijau Kuning

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN