Piala Malaysia 2019: Selangor Mungkin Kehilangan Khidmat 3 Pemain

Khyril Muhymeen Danial Amier Selangor Felda Piala Malaysia

Selangor akan turun ke Ipoh untuk pertembungan suku akhir pertama menentang Perak dengan skuad yang sedikit tempang apabila dikhabarkan beberapa pemain kini tercedera dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang FELDA United.

Memetik kenyataan pengendali Gergasi Merah, B. Satiananthan kepada portal New Straits Times, pengendali berpengalaman itu memaklumkan yang tiga pemain tersebut mungkin akan terlepas perlawanan pertama suku akhir pada Ahad ini.

“Endrick dos Santos mengalami kekejangan otot hari ini (Khamis), Khyril Muhymeen dan Syazwan Zainon juga sedang dirundung masalah kecederaan,” ujarnya sambil sekali lagi menyatakan akan mempertimbangkan menggunakan pemain skuad Piala Presiden.

“Bermain di atas rumput tiruan sebegini tidak mudah. Pemain lebih mudah untuk mengalami kecederaan dan kemenangan yang diraih hari ini memberi kesan kepada kita,” tambahnya lagi.

Sebelum ini Satiananthan pernah berhasrat untuk menggunakan khidmat pemain Piala Presiden selepas kecewa dengan aksi para pemainnya ketika terikat 2-2 menentang PDRM, juga dalam saingan Piala Malaysia, tetapi ianya tidak berlaku.

“Saya mungkin akan memanggil pemain-pemain Piala Presiden kita, jika pemain-pemain utama saya tidak sempat pulih sebelum bertolak ke Ipoh,” jelas pengendali berusia 61 tahun itu lagi.

Disamping itu, Satiananthan memaklumkan yang arkitek Gergasi Merah, Sandro Mendonca yang tidak diturunkan berdepan FELDA United, sudah kembali pulih daripada kecederaan yang dialami

Bercakap mengenai perlawanan menentang The Bos Gaurus, Satiananthan menyatakan yang Selangor berhasrat untuk melangkah jauh dalam Piala Malaysia kali ini. Mereka dalam misi menjuarai Piala Malaysia untuk kali ke-34 dalam sejarah.

Musim lalu, Gergasi Merah menamatkan saingan lebih awal iaitu di peringkat kumpulan selepas mereka berada di kedudukan ketiga Kumpulan D yang menyaksikan Sabah dan Pahang ke suku akhir.

“Kami mahu melangkah jauh dalam Piala Malaysia. Misi di Ipoh adalah untuk menjaringkan gol dan mengelak daripada dibolosi,” jelasnya yang telah merekodkan dua kemenangan tanpa bolos dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia sebelum ini.

Dalam saingan Liga Super sebelum ini, Perak merekodkan kemenangan 3-2 ke atas Selangor di Ipoh selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1 di Shah Alam.

Kredit Featured Image: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN