Piala Malaysia 2019: Nafuzi Zain Garis Dua Resipi Utama Anak Buahnya Tundukkan Kedah

Dua resipi utama digariskan oleh pengendali interim skuad Terengganu FC, Nafuzi Zain untuk anak buahnya menjelang perlawanan kelima peringkat kumpulan pertandingan Piala Malaysia bertemu Kedah pada malam ini.

Pertama, buru gol awal. Kedua, jangan sesekali leka terutama terhadap empat tonggak utama skuad Lang Merah.

Menurut Nafuzi, kekalahan kepada Negeri Sembilan di Paroi sebelum ini wajar dijadikan pengajaran walaupun pahit kerana pasukan Terengganu FC berada di landasan terbaik untuk mengesahkan slot ke suku akhir dari Kumpulan A.

Barisan kesebelasan utama TFC II pada aksi bertemu UKM FC.

Untuk itu, beliau mahu skuad kendaliannya memberikan fokus sewajarnya sejak dari wisel permulaan sehingga wisel akhir demi memastikan kemenangan – tanpa perlu menunggu aksi terakhir peringkat kumpulan menentang PKNS FC pada 17 September hadapan.

Apa yang Nafuzi bimbangkan amat mudah difahami. Sekiranya skuad penyu tewas perlawanan pada malam ini, dan PKNS FC berjaya menewaskan Negeri Sembilan, maka saingan Kumpulan A akan kembali terbuka kepada tiga pasukan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Hanya kemenangan akan mengesahkan Terengganu FC selesa di tempat teratas, tanpa menghiraukan keputusan perlawanan lain.

Bercakap kepada Berita Harian, Nafuzi dipetik sebagai berkata:

“Kecergasan dan prestasi semasa pemain kini berada pada tahap terbaik selepas tempoh rehat yang panjang, ini dapat dilihat ketika aksi persahabatan menentang FELDA United dan UiTM FC pada minggu lalu,” kata Nafuzi.

“Namun, saya tuntut pemain buktikan kemampuan sebenar mereka kerana bagi saya perlawanan menentang Kedah paling penting lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri, menang sudah pasti kita layak ke suku akhir.”

FOTO: MFL

Empat tonggak utama Kedah yang perlu diberikan perhatian menurut Nafuzi pula adalah kapten Baddrol Bakhtiar, Jonathan Bauman, Fernando Rodriguez dan pemain import dari Singapura, Shakir Hamzah.

Walaupun beraksi di posisi pertahanan tengah, pemain seperti Shakir mampu menghadirkan ancaman terutamanya dari situasi set-piece.

“Selain itu saya gesa pemain tidak melakukan kesalahan ke atas pemain lawan terutama berdekatan kawasan penalti kerana situasi ‘set-piece’ mampu digunakan pelawat untuk memburu jaringan jika tidak mengawal ketat pemain mereka.

“Saya juga harap peminat setia skuad Penyu dapat membanjiri stadium bagi memberi sokongan padu kepada pemain dalam misi membenam pasukan itu,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN