Piala Malaysia 2019: Mukhairi Ajmal Gembira Dengan Kepercayaan ‘Coach Burn’

Mukhairi Ajmal PKNP FC Kedah Piala Malaysia

Yashir Pinto wajar berterima kasih kepada pemain muda, Mukhairi Ajmal atas usaha dan hantaran baik pemain tersebut yang membantunya meledak gol sensasi ketika tewas kepada Kedah dalam suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 tempohari.

Mukhairi Ajmal berhasil menghadang cubaan pertahanan kental Kedah, Renan Alves untuk merampas bola daripadanya dan kemudian berjaya menolak hantaran kemas kepada Yashir Pinto untuk gol pertama perlawanan pada malam tersebut.

PKNP FC tewas tipis 1-2 kepada Kedah di Stadium MP Manjung dengan aksi timbal balik dijangkakan akan berlangsung pada Ahad ini, di stadium keramat Helang Merah, Stadium Darul Aman.

Bakal menginjak ke usia 18 tahun pada November depan, Mukhairi Ajmal telah diberi peluang membarisi kesebelasan utama dalam tiga perlawanan Piala Malaysia oleh pengendali, Abu Bakar Fadzim.

“Saya gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih, Abu Bakar Fadzim. Tetapi sebagai pemain, saya yakin saya boleh beri lebih daripada yang telah diberikan,” memetik kenyataannya yang juga merupakan kapten skuad B-19 negara kepada The Star.

“Brad [Maloney] dan Abu Bakar selalu menasihatkan saya untuk bekerja keras dan mahukan yang terbaik daripada saya. Mereka juga melihat saya sebagai seorang pemain yang mampu untuk menggerakkan jentera tengah. Sebagai seorang pemain, ini yang menggembirakan saya,” tambah Mukhairi Ajmal lagi.

“Tetapi saya masih belum berpuas hati dengan pencapaian setakat ini. Saya perlu menambah pengetahuan dan memperbaiki skil serta teknik permainan saya,” jelasnya yang membantu skuad B-19 negara meraih gelaran naib juara Piala AFF 2019 di Vietnam.

Bercakap mengenai kelayakan Kejohanan AFC B-19 yang bakal bermula pada penghujung Oktober depan, baginya yang turut tersenarai dalam senarai 32 pemain, mereka mensasarkan untuk layak ke kejohanan tersebut terlebih dahulu sebelum memikirkan misi seterusnya iaitu melangkah ke Piala Dunia B-20 pada 2021.

“Majoriti pemain skuad B-19 adalah daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan fasih dengan sebarang taktikal. Mereka mudah untuk ikut gaya kejurulatihan Brad [Maloney],” jelasnya.

Untuk kempen kelayakan Kejohanan AFC B-19 yang berlangsung di Kemboja, Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan G, bersama-sama Thailand, Cambodia, Brunei dan Kepulauan Mariana Utara.

Kredit Featured Image: PKNP FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN