Piala Malaysia 2019: Misi Felda United Singkirkan Selangor

Felda United

Menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia, keadaan semakin mendebarkan  terutama melibatkan persaingan dalam kumpulan D. Semua keempat-empat pasukan masih berpeluang untuk layak ke peringkat suku akhir.

Melaka United, Selangor dan Felda United masing-masing terikat dengan tujuh mati selepas lima perlawnan tetapi dibezakan dengan kelebihan jaringan.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengumpul lima mata turut berpeluang untuk mengintai slot ke suku akhir tetapi perlu menang ke atas Melaka United dengan jumlah jaringan yang besar.

Sekalipun pasukan Selangor hanya memerlukan keputusan seri untuk lolos ke pusingan seterusnya, kelebihan dilihat memihak kepada Felda United kerana perlawanan akan berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Pemain sayap Felda United, S. Chanturu bertekad mahu terus mengekalkan rentak cemerlang beliau yang berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukannya semasa menewaskan PDRM pada Sabtu lepas.

Beliau yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebelum ini berharap rakan sepasukannya dapat menampilkan aksi lebih mantap bagi menyingkirkan juara 33 kali.

“Kemenangan ke atas The Cops Sabtu lalu banyak membantu dan meningkatkan motivasi kami untuk mengakhiri perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan mengutip tiga mata.” kata Chanturu semasa ditemuramah oleh Berita Harian.

“Kelebihan beraksi di laman sendiri juga diharap memberi kemenangan sekali gus membawa FELDA United ke saingan suku akhir,” katanya.

Dalam kempen Piala Malaysia musim ini, Chanturu sudah pun menjaringkan dua gol dan beliau mahu terus meledak apabila berhadapan dengan Selangor bagi menjamin slot Suku Akhir untuk pasukannya.

“Oleh itu, kami akan melakukan yang terbaik dan sokongan peminat diharap membawa The Fighters melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini,” katanya lagi.

Selangor masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen kali ini. Tetapi rekod seri dalam empat perlawanan membuatkan mereka keciciran banyak mata termasuk tiga perlawanan di gelanggang sendiri.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN