Piala Malaysia 2019: Mahu Ke Final? Kerja Keras Untuknya, Cabar Aidil Sharin

Aidil Sharin, Kedah

Musim lalu, Kedah hanya menamatkan kempen Piala Malaysia di kedudukan tercorot kumpulan, namun kali ini, di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak, Kedah kembali sehingga ke separuh akhir.

Sebelum itu, Kedah merupakan ‘pelanggan tetap’ saingan separuh akhir untuk empat musim dengan tiga daripadanya mara ke pentas final dan sekali menjuarainya iaitu pada edisi 2016 – menewaskan Selangor dengan keputusan 6-5 dalam penentuan sepakan penalti.

“Saya rasa pemain mahu berada di sana [final], dan mereka perlu bekerja keras untuk berada di sana,” tutur pengendali berusia 42 tahun itu yang ditemui dalam sidang media sejurus menewaskan PKNP FC 6-2 secara agregat di peringkat suku akhir, malam tadi.

Kedah berjaya menewaskan PKNP FC 4-1 dalam pertembungan di Stadium Darul Aman dengan Farhan Roslan, Jonatan Bauman, David Rowley dan pemain sayap muda, Fayadh Zulkifli, masing-masing berjaya menjaringkan satu gol setiap seorang.

“Syukur, Alhamdulillah. Kredit harus diberikan kepada barisan staf dan pemain-pemain untuk keputusan malam ini. Pemain-pemain saya bekerja keras. Walaupun bukan prestasi yang terbaik namun, ianya satu kemenangan yang baik buat pasukan,” jelasnya.

“Bukan senang. Kita tahu PKNP bekerja keras dan dengan banyak pemain muda yang mahu tunjukkan kualiti mereka. Satu keputusan yang baik untuk para penyokong,” tambahnya lagi sambil berpuas hati dengan sikap dan semangat yang dipamerkan pemainnya.

Aidil Sharin turut memaklumkan rehat tiga minggu akan digunakan sebaiknya oleh barisan kejurulatihan bagi memantapkan pasukan bagi berdepan Pahang di peringkat separuh akhir nanti. Dan, walaupun beliau tiada untuk tempoh hampir tiga minggu, pengendali muda itu tetap menaruhkan keyakinannya.

“Kita ada tiga minggu tetapi saya tidak ada di sini dua minggu kerana berada di Jepun untuk [kursus] Lesen Pro. Saya balik cuma tiga hari sebelum perlawanan. InsyaAllah, saya yakin dengan staf kejurulatihan kita, mereka akan buat yang terbaik,” jelasnya.

“Kita tahu Pahang adalah pasukan yang hebat. Kedua dalam liga, memiliki jurulatih, pemain import dan tempatan yang bagus. Jadi kita harus dapatkan keputusan yang baik dahulu di laman sendiri,” tambahnya lagi sambil menekankan kerja keras sebagai kunci utama untuk melangkah ke final seterusnya menjulang kejuaraan.

Kredit Featured Image: Iflix, MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN